Teks : Razin Mohd
Misi untuk mengecapi kulit wajah berseri dan sihat sepanjang hari kini boleh ditakluki dengan satu emulsi baharu dengan rangkaian Estée Lauder, Revitalizing Supreme +. Apa yang istimewa ia turut jadi satu produk kegemaran Azira Shafinaz!
Antara faktor yang menjadi masalah utama dalam kesihatan kulit wajah adalah gaya hidup yang anda amalkan. Terdedah dengan cahaya matahari, pencemaran udara dan juga solekan yang tebal setiap hari membuatkan kulit kurang berseri dan kusam, dan hal ini turut mengakibatkan proses penuaan kulit jadi lebih cepat dari biasa. Azira turut mengalami masalah yang sama, lagi-lagi bila sering disolek tebal dan bertukar-tukar solekan semasa pengambaran dan persembahan. Tidak mahu lepaskan peluang, EH! mendekati wanita jelita ini dan menerokai produk kecantikan yang sering digunakan semasa sedang sibuk bersiap untuk persembahan istimewa.
Rangkaian Revitalizing Supreme + dari Estée Lauder sudah jadi rangkaian penjagaan wajah pilihan ramai kerana ia berkesan dalam mengunci keserian wajah sepanjang hari disamping menyalurkan khasiat yang diperlukan oleh kulit. Hari ini Estée Lauder menambah satu lagi produk dalam rangkaian pengajaan ini Global Anti-Aging Power Soft Emulsion yang memiliki tekstur yang ringan dan selesa kala diaplikasi. Dengan inovasi rangsangan kolagen dan ekstrak Moringa, ia membantu kulit untuk tampil lebih anjal, menyamarkan kedutan halus, mengimbangi lembapan juga minyak seterusnya memberi hasil wajah yang lebih berseri dari biasa.
Ia membekalkan khasiat juga lembapan sepanjang hari tidak kira siang juga malam jadi anda tidak perlu lagi risau untuk menggunakannya berulang kali selepas mencuci wajah atau menanggalkan solekan. Menambah lebih keistimewaannya, Global Anti-Aging Power Soft Emulsion ini juga hadir dengan kandungan anti-oksidan yang tinggi, juga dihasilkan khas buat kulit wajah Asia, jadi anda lagi tidak perlu bimbang jika ia tidak menepati kondisi kulit wajah anda.
Estée Lauder mahu anda cuba sendiri emulsi magis ini dengan mendaftarkan diri secara online di sini! Global Anti-Aging Power Soft Emulsion boleh dimiliki pada harga RM380 untuk satu botol.