Erra Fazira selamat melangsungkan majlis perniakahannya Jumaat lalu dengan pilihan hatinya Ezwan Zain dalam satu majlis yang cukup meriah. Selain hal perkahwinan, apa yang ramai orang perkatakan tentu sekali wajahnya yang berseri-seri, tak nampak seperti wanita berusia 51 tahun. Apa rahsianya? EH! menghubungi jurusolek selebriti, Deqsha untuk mengetahuinya.
“Dari awal lagi saya dah pesan pada Erra, bila dia kahwin, saya nak jadi tetamu saja. Biarlah orang lain yang solekkan dia,” kata Deqsha. Menurut Deqsha, dia dah selalu merias wajah ratu cantik Malaysia itu, jadi dia pun seikit buntu apa lagi gaya solekan yang dia boleh buat serlahkan wajah Erra Fazira di hari bahagianya nanti. Saya sendiri cadangkan Erra untuk gunakan jurusolek dari Thailand atau Indonesia.
“Tapi kita merancang, Allah yang menentukan, sudah tertulis yang saya akan menyolek wajah Erra untuk kedua-dua majlisnya. Saya ambil ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Solekan di hari perkahwinan adalah berbeza dengan event, photoshoot atau rancangan TV. Beberapa hari sebelum majlis saya hampir nak cancel kerana saya nervous.”
Apa permintaan Erra untuk solekan di majlis pernikahan?
Erra kalau boleh dia nak vibes solekan Thai sampaikan dia suruh saya pergi belajar di sana. Tapi apa yang saya buat ialah saya perhatikan air tangan jurusolek generasi baru seperti Sahir Sabri, Cuki Ajis dan Fiqqi. Saya perhatikan dan saya cuba-cuba di wajah Erra sewaktu dia menjadi juri Kilauan Emas.
Untuk acara pernikahan, acaranya berlangsung di luar. Apa yang Deqsha lakukan untuk memastikan solekannya tahan lama?
Saya paling risau bila majlis nikah ini diadakan outdoor, sebab jika salah cara mekap boleh jadi bercapuk. Tapi saya happy sangat bila saya gunakan YSL All Hours Foundation, asas solekan tahan lama dan kemas sampai ke petang.
Apa perbezaan solekan nikah dan respsi Erra?
Tidak terlalu banyak bezanya, cuma untuk nikah objektif saya hanya mahu naikkan seri wajah Erra saja. Saya nak orang yang menatap mukanya kelihatan lembut saja. Dan sebab itu jugalah saya tak buat kontur pada wajahnya sewaktu nikah, hanya pada bahagian hidung saja.
Untuk majlis resepsi pula sedikit bold. Saya nak dia nampak macam puteri raja sewaktu dia duduk di atas pelamin.
Bagaimana Deqsha prep kulit Erra, khususnya untuk majlis pernikahan?
Saya gunakan satu produk saja untuk prep iaitu YSL Pure Shots Perfect Plumper. Untuk wanita yang berusia, pakailah krim ini sebelum bersolek. Sangat bagus kerana ia buat solekan tahan lama dan kulit memang cukup lembap. Saya tak guna produk lain.
Deqsha gunakan All Hours Foundation, apa yang Deqsha sukakan tentang bedak asas ini?
Saya mula gunakan foundation ini sewaktu menyolek Erra untuk Kilauan Emas lagi. Saya memang suka dengan kemasannya yang tak perlukan banyak produk untuk set. Tapi ada satu rahsia untuk dapatkan efek glowing dengan bedak asas ini. Saya suka sapukannya menggunakan span basah berbanding berus. Ambil masa untuk sapukan foundation ini. Kemudian saya layang-layang saja loose powder, sikit saja kerana saya tak nak kulit nampak kering. Untuk bahagian mata saya sapukan sedikit setting powder warna pink, All Hours Hyper Blur Loose Powder
Selain foundation, apa produk YSL Beauty yang Deqsha sarankan untuk orang cuba?
Pemerah pipinya, Make Me Blush Bold Blurring Blush. Untuk Erra saya pakaikan dua jenis pemerah pipi, satu yang kompak dan satu lagi jenis krim. Saya sapukan yang kompak terlebih dahulu, kemudian saya gunakan yang krim. Saya sampu yang jenis krim menggunakan jari kerana saya nak kompleksi Erra nampak glow.
Sudah lama menyolek Erra Fazira, boleh kongsi apakah tabiatnya bila disolek?
Dia suka kacau… hahaha. Itulah Erra Fazira, dia cikgu mekap. Setiap produk yang kita guna dia nak tahu apa bahannya, teksturnya macam mana.
Bahagian wajah Erra yang Deqsha suka?
Saya sukakan tulang-tulang pada wajahnya, itu yang buat feature wajahnya terletak. Dia tak perlukana highlighter atau kontur, kerana mukanya memang muka ratu cantik.








