Saint Laurent mementaskan koleksi musim luruhnya tahun ini minggu lalu. Masih mengekalkan identiti siluet dan DNA rekaannya, apa yang saya suka ialah solekan pada wajah model-model yang berjalan di pertunjukan ini, so YSL! semuanya tampil polos hanya bibir sahaja yang menjerit bersalut dengan gincu merah. Jom ikuti temubual bersama Tom Pecheux, Global Beauty Director YSL Beaute.
Ceritakan gaya solekan untuk pertunjukan Saint Laurent yang baru ini?
Semuanya tentang kulit yang sihat dan cantik dan diserikan dengan gincu merah menyala. Inspirasi datang dari Anthony Vaccarello dan juga alat solek dari YSL Beaute yang saya ciptakan sendiri.
Boleh kongsikan beberapa cara untuk mencipta solekan ini?
Paling penting sediakan kulit, asasnya mestilah nampak bercahaya. Kemudian sapukan sedikit saja bedak asas untuk menutup cela pada bahagian yang perlu. Mesti nampak sempurna. Kemudian calit sedikit dan berseri. Kemudian calit sedikit Touche Éclat Shimmer Stick pada atas tulang pipi. Lengkapkan solekan dengan memperkemaskan bulu kening, usah berlebih-lebih hingga nampak palsu atau terlalu berlukis. Untuk bibir pula kami gunakan gincu merah The Slim No 21.
Apakah produk yang diperlukan untuk dapatkan solekan seperti belakang pentas ini?
Mesti ada Pure Shots Light Up Serum, All Hours Foundation and All Hours Concealer, All Hours Setting Powder, Touche Éclat Shimmer Stick dan gincu yang saya sebutkan tadi, The Slim No 21.
Apa yang membuatkan The Slim satu produk yang sangat istimewa?
The Slim No 21 sangat istimewa, rata-rata model yang berjalan untuk pertunjukan ini bertanyakan tentang warna ini, mereka sukakannya. Susah sebenarnya untuk menemui satu ton gincu yang sesuai dengan semua warna kulit. The Slim No 21 sangat terang warnanya, kemasan pusam dengan formula yang tidak mengeringkan bibir.
Apa yang membuatkan solekan ini sangat dekat dengan YSL?
Solekan ini sangat YSL kerana YSL itu sendiri adalah tentang wanita yang berkuasa, berkeyakinan begitu juga dengan mekapnya. Bila kamu ada gincu bibir seterang itu kamu tidak perlukan yang lain.