Sahir Sabri berkongsi rahsia bagaimana solekan Ernie Zakri boleh bertahan lama biarpun berulang kali air mata Ernie menitis sepanjang konsert.
Ernie Zakri melangsungkan Konsert Aura Ernie Zakri Live In Concert Sabtu lalu. Biar diduga dengan ujian kesihatan, namun Ernie menjayakan konsert solo pertamanya itu dengan cukup sempurna biar terbatas kemampuannya untuk berkomunikasi bersama penggemarnya yang memenuhi Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Menghiburkan penonton dengan lebih 20 lagu, Ernie tampil dalam tiga persalinan hasil tiga jenama pilihannya, bermula dengan persalinan Rizman Ruzaini, kemudian Ernie menukar persalinan serba merah ilham AMAZAE dan dia menutup pentas dengan persalinan ketiga ilham Haute Couture by RI oleh Faizuluziaf.
EH! Berpeluang singgah ke kamar persiapan Ernie di belakang pentas untuk melihat jurusolek terkenal Sahir Sabri (dia meraih trofi Makeup Artist of the Year di KL Fashion Awards hujung tahun lalu) memberi sentuhan magis buat Ernie. Dan kami sempat bertanyakan Sahir barisan produk utama yang digunakannya untuk menyempurnakan solekan ‘Aura’ malam itu. Sepanjang dirias wajahnya, Ernie hanya diam, sesekali tersenyum dan lebih banyak bermain telefon, mungkin cuba menenangkan diri.
TUJUH PRODUK PILIHAN SAHIR SABRI
One/Size Secure the Sweat Primer, RM165
Menurut Sahir untuk solekan pentas dia mahu solekan kekal dari awal hingga penghujung konsert, dan primer ini berfungsi sempurna. Ia menyediakan kanvas wajah lebih flawless kerana ia mengisi ruang pori agar tekstur lebih halus, menjadikan solekan tahan lama dan kemasan pusam membuatkan wajah tidak nampak berminyak.
Boleh dapatkan di pautan INI.
Giorgio Armani Power Fabric+ Code 4, RM
Ini antara bedak asas yang menjadi kegemaran ramai jurusolek selebriti. Bedak asas dalam bentuk cecair ini hadir dengan efek bedak pusam, membuatkan solekan tahan lama (24 jam) dan kulit berasa selesa sepanjang hari. Ia tahan peluh, tahan air dan tak mudah comot.
Boleh dapatkan di SINI
Sui Eyelash Soft & Flex Sf001, RM39.90
Sahir melengkapkan solekan mata dengan bulu mata palsu dari Sui. Sahir sangat menggemari jenama ini ketika ini. Menurut Sahir, Ernie sendiri yang memperkenalkannya jenama bulu mata ini, her favourite.
Make Up For Ever Artist Face Powder Blush, kod Daring Candy, RM148
Untuk menghidupkan riasan ‘Aura’, Sahir memilih untuk highlight penggunaan pemerah pipi dan dia memilih ton yang lebih terang, merah jambu fuchsia yang bila dilayangkan tonnya lebih ringan namun masih menyerlah di atas pentas.
Klik SINI untuk membeli.
Make Up For Ever Artist Color Pencil, kod 610 Versatile Chestn, RM120
Sebatang pensel yang cukup versatil, boleh digunakan pada bibir, pipi, mata dan kening. Dan Sahir memilih pensel ini untuk membentuk bibir Ernie, tampak lebih sharp.
Klik pautan INI untuk membeli.
Maybelline Lifter Gloss, kod Pearl, RM39.90
Gloss bibir ini bukan sahaja membuat bibir tampak mungil dan penuh, ia juga menghidrat bibir hasil ramuan asid hyaluronik yang terkandung di dalamnya. Berus aplikasinya yang lebar membuatkan sapuan meluncur mudah pada bibir.
Dapatkan lebih info di SINI.
ONE/SIZE On Til Dawn Setting Spray, RM165
Sahir melengkapkan solekan dengan semburan ini untuk memastikan solekan tahan lama, dan ia terbukti berkesan. Biarpun Ernie menangis, solekan masih bertahan, tidak bersememeh dan tidak comot. Jurusolek Beyonce juga menggunakan setting spray ini sepanjang konsert jelajah Renaissance dua tahun lalu.
Dapatkan di SEPHORA.
BACA: “Kehidupan Dan Karier Saya Bukan Competition,”- Ernie Zakri