Setiap kali lebaran tiba, tidak lengkap rasanya andai berpakaian serba baru lengkap dengan aksesori anggun tanpa wangian. Empat wangian daripada Hugo Boss ini mampu memastikan anda sentiasa segar sepanjang hari.
Lazimnya pabila menyambut hari raya, setiap orang mahukan kesegaran berpanjangan kerana tidak dinafikan sesetengah helaian yang digayakan pantas membuatkan kita berasa bahang dan berpeluh. Rasa tidak selesa pabila tubuh bagaikan ras amelekit dan timbul pula rasa kurang yakin andai bau tubuh kurang menyenangkan. Dan kerana itulah pemilihan haruman yang tepat dengan bahan serasi sangat penting sebagai pelengkap penampilan di Aidilfitri.
Jenama wangian terkemuka dunia iaitu Hugo Boss kini tampil dengan empat wangian baharu yang menjanjikan kesegaran lebih lama. Setiap jenis wangian daripada Hugo Boss ini sebenarnya punya identiti tersendiri yang ingin diserlahkan. Mungkin juga boleh dijadikan pengganti duit raya buat keluarga tahun ini?