HUGO MAN Extreme (RM254 – 60ml, RM338 – 100ml)
Membawa erti kesegaran ke tahap yang lebih ekstrem, HUGO dengan bangganya membawakan edisi wangian terbaru ini pada musim bunga. Tampil dalam flask ikonik berbentuk flacon, haruman baharu HUGO MAN terserlah haruman pembukaan dengan kesegaran aroma buah epal hijau untuk impak maksimum. Pada sisi yang lebih moden, ia menyuntik haruman lavender, sage dan geranium. Diperkuat lagi dengan bau Cedarwood serta fir balsam yang menyerlahkan aroma segar pada si pemakai.