HUGO WOMAN Extreme (RM182 – 30ml, RM256 – 50ml, RM327 – 75ml)
Ia merupakan haruman ikonik terbaru buat wanita. Wangian terbaru daripada Hugo ini berintipatikan aroma segar buah-buahan serta nota boysenberry ranggi dan rumput merah Himalaya. Baunya diperkuat lagi dengan penambahan aroma bunga melat, tambah segar pabila ia digabungkan dengan teh hitam. Seperti bunga yang mekar, secara perlahan-lahan dan semula jadi, baunya makin menyerlah dari masa ke masa dengan impak maksimum. Bukan itu sahaja, ia turut diakhiri dengan nota bunga osmanthus oriental yang menyuntik aura sensual.