BOSS THE SCENT for her (RM214 – 30ml, RM311 – 50ml, RM427 – 100ml)
Perekanya iaitu Jason Wu, mahu hasil ciptaannya mencerminkan identiti sebenar BOSS Womenswear. Dengan itu dia memperkenalkan wangian baru pertamanya iaitu BOSS THE SCENT untuk wanita. Berinspirasikan dari cufflink ikonik BOSS, wangian ini dikatakan berasaskan keinginan untuk menggoda. Dengan sentuhan feminin pada cufflink ikonik, pada masa yang sama ia lebih menarik perhatian dengan ton champagne rose juice. Nota bunga osmanthus oriental akan mula menyusul dengan lebih sofistikated.