HUGO ICED (RM254 – 75ml, RM338 – 125ml, RM423 – 200ml)
Berinspirasikan dari legasi HUGO Man, ia merupakan haruman ikonik untuk perintis generasi yang mengejar impian masing-masing. Wangian terbaru ini dicipta untuk menggalakkan generasi millenial untuk menerapkan potensi segar setiap hari. HUGO ICED membuka aroma dengan nota teratas pudina ais yang menyemarakkan lagi aura cool untuk menambah tenaga tubuh dan menyuntik semangat diri. Wild tea merupakan intipati eksotik yang ada di dalam haruman ini yang membuatkan efek dingin segar diikuti pula dengan aroma pahit buah oren. Tidak berakhir di situ, wangian ini turut diakhiri dengan nota maskulin vetiver liar yang mengetengahkan aura segar dan lebih menenangkan. Setiap semburannya memberikan lebih keyakinan pada si pemakai.