BOSS BOTTLED TONIC (RM270 – 50ml, RM360 – 100ml, RM504 – 200ml)
Haruman segar terbaru ini dicipta untuk menyerlahkan aura maskulin moden dan dalam masa yang sama mengajak lelaki masa kini untuk kembali fokus mengejar kejayaan yang diimpikan. Wangian maskulin ini merangkumi nota-nota segar termasuklah sitrus, rempah dan kayuan yang menonjolkan dimensi segar. Haruman BOSS BOTTLED TONIC memulakan aroma dengan limau gedang zesty, oren pahit dan lemon dengan campuran epal untuk menmbangkitkan lagi aura segar itu secara semula jadi. Bukan itu sahaja, kali ini ia turut disematkan dengan nota halia sebagai satu elemen baru yang menambahkan keunikan pada trio dinamik gabungan bunga cengkih, geranium dan kayu manis. Mengekalkan kualiti aroma kayuan kering, bau tajam dari nota vetiver membangkitkan aroma segar bumi. Sekali semburan, ia membuat kehidupan harian jejaka masa kini lebih autentik.