Ibarat terbang bersayap. Wangian Victoria’s Secret pilihan terbaik sebagai peneman hangat dalam elemen aroma bunga penuh berahi.
Jenama wangian terlaris di Amerika Syarikat, Victoria’s Secret terkenal dengan pertunjukan fesyen lingerie penuh gimik. Anda pasti teringat akan sayap ikonik atau Bra Swarovski yang menyinari pentas di Victoria’s Secret. Selaras dengan itu, produk kecantikan terutama pilihan produk wangian menjadi gilaan ramai wanita seluruh dunia. Apakah sebenarnya rahsia disebalik barisan wangian yang cukup dikenali serta menjadi ikonik ini?
Setiap produk wangian yang terhasil punya elemen sensual nan menggoda. Alah membeli menang memakai, harumannya cukup meninggalkan kesan yang mempesonakan dan mewah. Walaupun fesyen pakaian dalam Victoria’s Secret boleh dikatakan sebagai salah satu queen budaya pop, tetapi produk wangiannya berjaya mencuri hati jutaan wanita dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang persembahan fesyen dan kecantikan semua peragawati mereka. Barisan wangian yang menarik ini merupakan permulaan fantasi cinta.
Victoria’s Secret memperkenalkan wangian terbaru sebagai penambahan wangian bunga yang lebih berani buat sudut meja solekmu yakni koleksi wangian Bombshell Passion. Wangian ini bercirikan sejambak bunga yang penuh karakter, berani, dan lebih elegan. Dengan menggunakan nota wangian bunga peony sebagai bunga utama bak permaisuri di taman bunga elektrik, juga bunga ros fuchsia sebagai elemen keberanian, serta cassis dengan elemen akua yang bersinar. Kombinasi yang lebih mantap ini digabungkan untuk memenuhi aspek mewah, moden, dan hangat. Dengan harga RM300/100ml.
Artikel berkaitan Cara Pemilihan Wangian Yang Sesuai Dengan Personaliti Diri