Wardah Beauty tidak pernah gagal untuk menyajikan kesenian kreatif yang menakjubkan dalam soal solekan. Tahun ini, jenama Muslimah terkemuka membuka tirai intaian dunia dengan membawanya ke London Fashion Week 2022.
Wardah Beauty, dunia magikal solekan yang menjadi idaman setiap wanita kini dalam mengorak langkah untuk memartabatkan industri kecantikan Muslimah ke persada global. Wardah Malaysia tanpa mengira masa telah mengintai beberapa siri acara besar di London, yang terkenal dengan pengimejan fesyen mewah dimata dunia.
Terkenal dikalangan pengguna Malaysia, Wardah Beauty kini menjejak langkahnya di mata dunia fesyen antarabangsa dengan menghadirkan sentuhan solekan magikal di London Fashion Week 2022.
Penerbangan pertama Wardah Malaysia ke pengembangan global di Dubai Modest Fashion Week sebelum ini, tidak pernah gagal dalam menyajikan kesenian kreatif yang menakjubkan dalam soal solekan kerana kini ia telah menawan dan mencipta impak yang sama di London Fashion Week 2022.
Seiring dengan fesyen berjenama mewah, Wardah juga mewujudkan industrinya yang tersendiri, iaitu, Wardah Fashion Journey, sebuah program evolusi senario kecantikan dan fesyen tempatan yang kini telah memasuki ulang tahun yang ke-7. Pada kolaborasi itu, Wardah menampilkan solekan eksklusif buat busana Klamby saat sesi London Fashion Week 2022 diadakan.
Antara barangan solekan yang memukau lensa London Fashion Week 2022 ialah Wardah Beauty Colorfit Cream Blush dalam shade 01 – Sand Coral yang telah dinobatkan sebagai The Best Hair and Makeup Looks of the Season oleh Allure – media publikasi global terkemuka dalam jurnalisme kecantikan.
Kaya dengan kandungan Vitamin E, Wardah Colorfit Cream Blush diformulasikan dengan sentuhan teknologi yang unik memberikan konsistensi tekstur yang ringan dan licin menjadikan kulit halus mulus. Tersedia dalam 3 pemilihan warna merah jambu yang mempesonakan, Cream Blush ini mengandungi hasil pigmen pekat yang bertahan sehingga 8 jam! Sejajar dengan persona Wardah Brave Beauties, pengacara terkenal, Dayah Bakar, bersama model Malaysia Izwani Merican turut memeriahkan rumah Wardah Malaysia di London Fashion Week 2022.
Rangkaian menarik Wardah Beauty kini boleh didapati di semua kedai Watsons Malaysia atau melalui pembelian dalam talian Shopee. Untuk mendapatkan informasi lebih lengkap terkait produk Wardah, kunjungi laman rasmi Wardah dan ikuti maklumat terkini eksklusif di Instagram @wardahbeauty.
Artikel berkaitan: Era Baharu BOSS Bottled, Lebih Bold, Lebih Impak