Nampaknya trend bibir mungil berkilat dengan efek glos terus mendominasi trend cantik era ini. Namun apa yang Wardah tampilkan ini bukan sekadar trend semasa, ia juga sebagai revolusi penjagaan bibir yang seharusnya jadi rutin harian. Wardah Pep Plump Lip Oil bukan sekadar mewarna dan mengilatkan bibir.
Rasa bibir lembap, ‘licin’ dan berkilat seakan boleh jadi satu ketagihan. Siapa yang tidak suka dengan rasa bibir yang lembut, tidak berkuping, nampak mungil dan warnanya pula nampak segar, semula jadi dan mungkin juga ada sisi seksinya. Dan itu yang mungkin sesetengah orang rasakan bila mula kena dengan produk terbaru Wardah ini.
Pep Plump Lip Oil memberikan efek bibir berkilat bagai kaca, membuat bibir terasa penuh dan kelihatan mungil dan paling penting tidak rasa melekit. Ia bukan sekadar mencantikkan bibir malam datang dengan manfaat penjagaan bibir.
Sebaik aplikasi bibir akan dihidrat yang khabarnya sama lembap dengan dua cawan air, dan kerana inilah bibir mampu terasa hidrat sehingga 48 jam. Bibir terasa lembut, membuatkan bibir tampak tebal tanpa ada rasa tidak selesa, dan ini adalah efek daripada bahan peptide pillow plumper. Anda boleh rasakan bibir lebih penuh.
Penggunaan lip oil ini secara berterusan akan memperbaiki keadaan bibir yang sebelum ini mungkin ekring dan kusam. Ia juga memperbaiki lip barrier selepas penggunaan setiap hari selama dua minggu.
LAIN APLIKASI, LAIN EFEK & KEMASAN
Ada tiga cara untuk memakai lip oil Wardah yang ketika ini hanya dilancarkan di Malaysia sahaja. Jika dipakai begitu sahaja ia memberi biasan warna yang ada pada lip oil ini. Bagi yang gemar dengan gaya bibir yang lebih bersahaja, boleh cuba cara ini.
Pep Plump Lip Oil juga boleh dijadikan asas riasan bibir. Anggap sahaja seperti anda memakai salap bibir. Ia melembapkan bibir dan kemudian barulah dicalit dengan gincu. Ia membuatkan bibir pusam (matte) lebih selesa saat ia meluncur pada bibir.
Anda juga boleh jadikan lip oil ini sebagai glos bibir. Selepas bibir dilukis dengan pensel bibir dan dicalit dengan gincu, anda sapukan lip oil ini sebagai glos. Hasilnya bibir nampak lebuh mungil dan berdimensi.
LIMA PILIHAN WARNA
Wardah Pep Plump Lip Oil hadir dengan lima pilihan warna dan kesemuanya saya percaya membuatkan sesetengah orang mahu memiliki kesemuanya.
01 Gliterally
Efek kilauan yang jernih tanpa warna. Bagi anda yang mahukan ton bibir semula jadi, ini pilihn untuk anda. Selain itu ia paling sesuai untuk anda lapiskan pada bibir yang sudah bergincu untuk mencipta kemasan gincu yang berkilat dan berkilau.
02 Just Peachy
Ton pic yang senada dengan warna asal bibir. Ini sesuai untuk gaya harian, bagi yang lebih senang dengan ton warna yang lebih natural. Khabarnya warna ini yang paling laris dalam koleksi ini. Anda patut ada satu.
03 Pinky Swear
Ton merah jambu yang lembut, ini juga warna yang sesuai untuk gaya harian yang lebih bersahaja. Pilihan warna ini lebih sesuai untuk yang mempunyai ton kulit medium. Tapi kalau dah suka, semua ton kulit pun boleh. Mengapa tidak?
04 Berry Much
Ton merah gelap yang lebih bold. Sesuai untuk gadis-gadis yang berani dalam berekspresi menerusi solekan. Ton warna yang lebih seksi dan sofistikated.
05 Bean There
Ton coklat susu yang bernuansakan gaya edgy dan berani. Pilihan warna untuk gadis-gadis yang mahu gaya yang lebih bersahaja.
Himpunan lima warna Wardah Pep Plump Lip Oil ini kini boleh dimiliki di stor Guardian dan Watsons terpilih, dan juga secara dalam talian. Untuk update terkini follow Instagram Wardah Malaysia.












