Warna itu adalah komunikasi utama komuniti Autism. Schwarzkopf Professional Malaysia bawakan kelainan terapi warna melalui IGORA ROYAL dalam meningkatkan kesedaran terhadap komuniti ini.
Schwarzkopf Professional Malaysia mengadakan program dalam meningkatkan kesedaran terhadap komuniti autistik dan juga mengumpul dana bersama The National Autism Society of Malaysia (NASOM). Kolaborasi istimewa ini dilancarkan melalui program “Together We Make A Difference” dan sempena pelaksanaan kembali barisan warna IGORA ROYAL yang cukup terkenal dengan inovasi, teknologi warna hampir 60 tahun. IGORA ROYAL telahpun disuntik dengan elemen moden, mempunyai pilihan warna pelbagai dan penggunaan formula berprestij tinggi serta dari sumber yang dipercayai. Kehadirannya cetus semangat untuk berani melangkah lebih jauh dan juga sebagai inspirasi kepada komuniti autistik yang amat menggemari warna.
Komuniti autistik sering meluahkan ekspresi diri melalui objek berwarna dan kecenderungan terhadap warna ibarat terapi personaliti. Hampir lebih 9,000 bilangan kanak-kanak dilahirkan gangguan autism setiap tahun. Tanpa mengira kaum atau batas sosial. Menerusi program ini, komuniti NASOM dijemput untuk merealisasikan ilham kreativiti melalui lukisan. Pelbagai jenis lukisan dilakar kemas dalam bentuk seni abstrak, corak geometrik dan inspirasi alam semula jadi.
Kempen kesedaran terhadap komuniti autism ini juga disokong oleh para selebriti dan bintang media sosial pilihan EH! X Schwarzkopf. Penyanyi Indah Ruhaila, pelakon Julia Farhana Marin dan TV Hos, bintang media sosial Fiqrie bersama-sama berinteraksi dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat akan kehadiran komuniti autistik ini bukan satu ancaman malahan harus dititikberatkan.
Artikel berkaitan Rahsia Rambut Menawan, Bawa Rawatan Salon Ke Rumah
Sebanyak 15 karya seni dipilih dan dijual ketika pelancaran ROYAL IGORA berlangsung pada 7 Oktober 2021. Lebih menarik Henkel Malaysia Sdn Bhd juga menyumbang wang ringgit sebanyak RM15,000 kepada NASOM. Menurut pengurus besar Henkel Beauty Care Malaysia & Singapura, IGORA ROYAL re-stage semuanya mengenai ciptaan lebih dari 60 tahun terutama inovasi warna ke tahap seterusnya dengan pembungkusan kelestarian (sustainable) dan pelbagai pilihan warna yang menggunakan formula berprestasi tinggi yang dipercayai. Ini memberi inspirasi kepada Schwarzkopf untuk melangkah lebih jauh dengan mewarna rambut yang bukan sekadar kecantikan. Dan juga untuk mewarnai kehidupan komuniti autistik yang masih kurang mendapat perhatian masyarakat. Oleh itu program, “Together We Make A Difference” khas untuk mereka.