Oleh: Farhana Fuad
Gambar: L’Oreal Professionnel
Pasti anda terpegun melihat mereka yang berani mencuba gaya penampilan warna rambut yang bermacam rona ini. Ia mudah dan murah! Malah, ia juga hanyalah semi-kekal sahaja dan anda boleh bertukar rona mengikut citarasa pada bila-bila masa. Eh! ingin berkongsi cara-cara dan gaya yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah L’Oreal Professionnel Hairchalk, air, dan pengering rambut.
Langkah 1:
Pintal sedikit bahagian rambut anda.
Langkah 2:
Basahkan sedikit permukaan rambut dengan air untuk mendapatkan warna yang lebih terang bagi mereka yang berambut warna gelap. Bagi mereka yang berambut blonde atau terang, tidak perlu untuk membasahkan rambut anda terlebih dahulu kerana ia hanya akan membuatkan rambut anda kelihatan agak kurang kemas setelah dicalitkan dengan hairchalk.
Langkah 3:
Hanya sapukan hairchalk warna pilihan anda pada rambut yang anda sudah pintal dan basahkan sebentar tadi. Anda boleh mewarnainya mengikut kreativiti. Ombre atau dip dye merupakan stail yang menjadi trend masa kini.
Langkah 4:
Keringkan rambut anda yang telah siap di warnai dengan pengering rambut atau mungkin anda ingin menggayakannya dengan stail lurus atau kerinting.
Gayakan rambut anda melalui ikatan fishtail atau sanggul untuk tampak lebih feminin,kemas dan santai. Cubalah!