PENYERI SOLEKAN PILIHAN 2023, Dior Summer Collection.
Diserikan dengan kehadiran penyanyi-penari, Azira Shafinaz bersama aktres jelita dan pempengaruh kecantikan, Koe Yeet, acara ini di‘siaran langsung’ berkongsi tentang beberapa langkah mudah berserta trik menarik dalam solekan. Arus warna palet yang menyegarkan dan karya kecantikan yang pasti menjadi pilihan orang ramai musim panas ini, membuatkan Azira Shafinaz dan Koe Yeet teruja untuk mencipta gaya solekan yang cukup menarik hanya dengan beberapa trik bijak, misalnya menggunakan LE BAUME, krim pembaikan dan penghidratan dalam pembungkusan Dior Oblique, menciptakan rupa bibir dan tangan yang mulus anjal.
Apa yang menariknya tentang Dior Beauty Live ini ialah ia adalah satu keraian buat Dior Summer Collection, satu koleksi set solekan lengkap yang mewah dengan pancaran warna yang menyegarkan. Tidak terhad kepada gincu semata yang mana sebelum ini kita raikan Dior Addict, kali ini Dior bawakan rangkaian yang pelbagai dari pilihan warna kuku, pembayang mata, bedak asas dan gincu ikonik cukup berani dan chic.
“Dalam banyak-banyak item solekan, saya rasa pembayang mata adalah must wear dan paling penting untuk penampilan musim panas. Ia bukan sahaja menghidupkan wajah kita, malah ia memberikan karakter mengikut kreativiti calitan kita pada wajah. One more! Saya suka bedak kusyen highlighter, ia adalah item yang akan saya bawa di dalam tas tangan ke mana-mana saya pergi,” luah Azira sewaktu live ini berlangsung. Azira lantas mencalit 5 warna pembayang mata, 5 COULEURS COUTURE- EDEN-ROC di pergelangan tanganya, yang mana ton ini cukup istimewa dan ikonik.
Menutup acara malam tersebut, Koe Yeet sempat mencalit salah satu gincu Dior Addict, kod 043 Rosée dengan teknik solekan ala Korea, gaya gradien yang sememangnya popular masa kini. Mengingatkan Dior Addict, nama Jisoo juga segera muncul di ruangan komen Dior Beauty Live Streaming!
Dior Girls Don’t Gate Keep
EH! kongsikan item-item penting yang digunakan untuk mendapatkan gaya solekan yang ditampilkan oleh Azira Shafinaz (Shine Attitude) dan Koe Yeet (K-makeup).