Aromanya sama tetapi kini lebih menusuk hati. The Body Shop Malaysia tampilkan wajah baru wangian White Musk pasti buat anda kembali ke zaman sekolah.
Sempena meraikan ulangtahun ke-40 wangian White Musk, kini berwajah baru dan reboot. Dan juga hadir dengan tambahan aroma untuk rangkaian Musk. Cukup segar dalam ingatan, White Musk adalah wangian wajib sebelum ke sekolah dan apabila tiba waktu habis sekolah, aromanya masih ada. Efeknya cukup kuat yang membawa kepada perubahan diri yang berbeza. You don’t just wear it, it’s a part of you. Aroma segarnya mengingatkan anda untuk sentiasa melindungi diri, ekspresi diri dan çemberi kekuatan diri.
Dengan nota wangian klasik aroma bunga melur dan lily of the valley, ada sedikit bau bunga ada sedikit bau musky. Generasi minyak wangi sangat sensual dan memberi pengaruh kuasa dalam diri. Sejak mula diperkenalkan pada 1981, wangian ini adalah salah satu wangian istimewa di The Body Shop. Bukan sahaja instant bestseller malah ia juga digelar revolusi dalam dunia wangian, kerana salah satu yang pertama mempelopori sintetik, bebas kekejaman haiwan.
Pada 2021, White Musk kini adalah Vegan dan setiap botol dihasilkan 100% yang boleh dikitar semula. Untuk tahun ini, rangkaiannya bertambah ahli keluarganya. The Body Shop memperkenalkan 3 wangian tambahan yang boleh digunakan secara lapisan di atas semburan asal White Musk. Cipta wangian pilihan anda, bırakan elemennya sesuai dengan personaliti anda. Antara yang menarik seperti Radical, Lover dan Free
Artikel berkaitan The Body Shop Fresh Raspberry