WYCON Cosmetics jenama popular dari Itali membuat kemunculan pertama dalam industri kosmetik Malaysia dengan pembukaan kedai di Mid Valley Megamall sejak May 2019. Ia diasaskan pada tahun 2009 oleh Gianfranco Satta, seorang usahawan dalam industri kosmetik bersama dengan Raffaella Pagano, seorang pengurus produk yang mempunyai pengetahuan luas dalam industri solekan.
WYCON menggabungkan inovasi dan teknologi yang canggih dalam penghasilan produk yang berkualiti tinggi dan cruelty-free untuk semua peringkat usia dan warna kulit. Semua pencinta kosmetik kini boleh menikmati pelbagai produk dari Makeup dan Skincare pada harga yang berpatutan, bermula daripada RM19 sehingga RM250.
Koleksi musim luruh terkini iaitu ‘Posh Safari’ yang diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi serta fauna, telah dihasilkan untuk menyerlahkan sisi feminin setiap wanita.
Antara 11 produk terbaru dari himpunan koleksi ini yang anda boleh cuba ialah Safari Saver Lips and Cheeks – Produk dua dalam satu yang hadir dengan SPF 15 ini mampu menyerlahkan rona bibir dan pipi dengan warna semula jadi dan lembut. Sesuai untuk anda yang sentiasa kesuntukan masa. Born To Be Wild Eyeshadow – Pembayang mata ini mempunyai lima warna yang memberi kemasan pusam baldu dan empat rona pelbagai reflektif. Face Trip Foundation – Memiliki tekstur cecair, bedak asas ini memberikan litupan yang ringan, sederhana sehingga penuh (buildable).
Para penggemar dunia solekan, anda boleh memiliki koleksi ini di butik WYCON Cosmetics sekarang.
WYCON Cosmetics juga akan membuka butiknya yang kedua di pusat beli-belah Sunway Pyramid pada November 2019.
Lawat laman sosial media WYCON Cosmetics bagi mengetahui tentang produk terbaru jenama ini.
Facebook: Wycon Cosmetics Malaysia
Instagram: @wyconcosmetics.malaysia