
Bagiamana Yaya menghilangkan stres atau memanjakan diri?
Sebelum pandemik biasanya Yaya akan pergi ke spa atau urut kaki atau back massage, itulah masa yang Yaya akan nikmati sepenuhnya. Kiranya itu ‘me time’ Yaya. Tapi sejak pandemik Yaya lebih suka berada di rumah sahaja, menonton siri atau filem. Oh ya, Yaya juga akan ke dapur untuk siapkan puding. Bagi Yaya proses menyediakan bread pudding sangat menenangkan kerana Yaya boleh letak telefon ke tepi dan fokus. Seronok bermain warna.