Hadiah eksklusif sempurna, sambut keriangan Lebaran bersama koleksi YSL Beauty Eid 2024. Eksplorasi set hadiah daripada alat solek hingga minyak wangi, khas buat si dia.
Menjelang penghujung bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Di tengah-tengah perayaan dan perhimpunan keluarga dan sanak saudara, pertukaran hadiah dijadikan sebagai tradisi yang dihargai, melambangkan cinta, penghargaan, dan kesyukuran. Dalam semangat perayaan ini, YSL Beauty Eid hadir dengan pemberian hadiah yang sempurna!
Kotak hadiah bermotifkan emas dan biru, mempamerkan betapa eksklusif dengan isi kandungan YSL Beauty yang pelbagai, pasti melengkapkan rupa dan gaya solekan di pagi Lebaran. Kelihatan cantik dengan solekan yang masih bertahan lama adalah kunci kepuasan para wanita. Bukan itu sahaja, bau haruman yang berpanjangan juga mengawal mood kita semasa beraya.
YSL Beauty Eid 2024, menampilkan produk ikonik iaitu seperti wangian Libre, All Hours Foundation dan banyak lagi.
THE ICONIC LIBRE EDP GIFT SET
Wangian ikonik daripada YSL Beauty, Libre menghembus aura yang pasti membuatkan sekeliling anda menoleh ke arah bauan itu. Pati bunga Lavender dari Provence, Perancis diadun dengan kuntuman Orange Blossom membuatkan haruman ini beraroma lebih hangat. Turut diramu di dalam haruman ini ialah vanila yang diambil dari Madagascar dan bau klasik ambergris dari Grisalva membuatkan Libre lebih menyerlah karakternya sebagai sebuah haruman floral.
Set hadiah Libre EDP 50ml ini lengkap bersama wangian Libre EDP 50 ml serta Libre EDP 7.5 ml dan gincu YSL RPC Reno NM Mini Etui dengan harga RM 525
THE MASCULINE Y MEN EDP GIFT SET
Wangian ikonik buat para jejaka, Masculine Y Men campuran geranium segar yang kuat dan tahan lama bersama ketagihan sage dan kayu sensual, menghebuskan aura seksi dan menonjol.
Set hadiah Y Men EDP 100ml ini dilengkapi bersama Y Men EDP 10 ml dan Y Men Body Lotion 50 ml dengan harga RM 545
FOUNDATION & LIPSTICK GIFT SET
Satu lagi produk ikonik YSL, All Hours Foundation, bedak asas matte diperbuat khas dengan kandungan semula jadi kekal sehingga 24-Jam, mengaburkan pori-pori dan garis halus serta-merta. Pemakaian yang sempurna pastinya membuatkan kulit anda kelihatan segar sepanjang hari. Kemasan Matte yang tahan lama, tidak berkilat dan bebas minyak telah diuji oleh pakar dermatologi.
Lengkap bersama dua pilihan gincu dan wangian Libre dengan harga yang berbeza mengikut pilihan produk anda.
CUSHION FOUNDATION & LIPSTICK GIFT SET
Set hadiah ini juga hadir dengan cushion foundation di mana anda boleh pilih daripada empat variasi ini, pilihan lipstik berserta maskara dan wangian libre dengan harga mengikut pilihan produk anda.
Dapatkan set hadiah ini di YSL Beauty
Baca: Bengkel Cantik EH! x YSL Beauty Berlangsung Dengan Meriah Dan Eksklusif!