LIBRE SCENT OF FREEDOM GIFT SET EID 2023
Wangian terkini daripada YSL Beauty, Libre menghembus aura eksperimental dalam meraikan kebebasan dan keperibadian serta menyuntik minda dengan serakan segar dalam mengejar kekuatan diri. Pati bunga Lavender dari Provence, Perancis diadun dengan kuntuman Orange Blossom membuatkan haruman ini beraroma lebih hangat. Turut diramu di dalam haruman ini ialah vanila yang diambil dari Madagascar dan bau klasik ambergris dari Grisalva membuatkan Libre lebih menyerlah karakternya sebagai sebuah haruman floral. Lengkap bersama LIBRE Eau De Parfum 7.5ML dan gincu A Mini Rouge Pur Couture.
Baca: Raikan Raya Bersama YSL Beauty, Ain Edruce dan Syedewa