YSL Beauty mengolah haruman ikonik generasi baharunya, Libre dalam nuansa aroma yang lebih intense dengan percikan bau kayu-kayuan yang lebih sofistikated.
YSL Beauty melancarkan Libre Santal Couture, wangian dalam edisi couture terhad lantas menjadi haruman floral-woody pertama dalam rangkaian Libre. Haruman ini menghimpunkan kayu cendana yang hangat dan memikat – satu olahan baharu yang meraikan sisi wanita LIBRE yang bebas.
Menerusi kempen terbaharunya, Dua Lipa sekali lagi tampil sebagai wajah Libre, kali ini menyelami sisi dirinya yang paling berkuasa ketika berada dekat dengan alam semula jadi. Bebas, yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri, exactly in her element.
“Pengalaman merakam kempen ini di gurun Afrika Selatan benar-benar menepati ciri Libre Santal Couture- hangat dan utuh, seperti bumi tempat kita berpijak. Itulah energi yang dibawa oleh bab baharu LIBRE ini, dan buat masa ini, ia menjadi obsesi terbaharu saya.”- Dua Lipa
Adunan Aroma Feminin Dan Sensual
Libre Santal Couture menampilkan interpretasi baharu terhadap signature floral yang cukup signifikan pada haruman ini dengan menggabungkan bahan-bahan berharga daripada alam semula jadi.
Di bahagian tengah haruman, lavender Perancis yang vibrant bertemu dengan orange blossom accord yang sensual. Accord ini menggabungkan absolute dari Maghribi bersama satu nota yang dihasilkan menggunakan teknologi ‘headspace’, bagi menangkap semula aroma bunga oren yang ditanam di SL Beauty Ourika Community Gardens.
Apa yang menarik tentang teknologi headspace? Ia membolehkan molekul aroma yang terdapat di udara ditangkap dengan sangat tepat sebelum data tersebut digunakan oleh perfumer untuk menghasilkan semula haruman alam semula jadi secara sintetik. Hasilnya, karakter haruman dapat direplikasi dengan tahap ketepatan yang sukar dicapai menerusi kaedah tradisional.

Kemudian hadir kayu cendana dari New Caledonia yang menyuntik kehangatan lantas menjadikan haruman ini lebih mewah dan sensual. Diperoleh secara mampan, kayu istimewa ini melalui proses ekstraksi khas bagi menyerlahkan sisi aromatik terbaiknya.
Hasil akhirnya? Karakter kayu-kayan yang mewah dan berkarakter. Sebuah aroma yang membuat anda kecanduan tetapi masih mempunyai sisi raw dan bebas.
Warna Botol Nan Sofistikated
Kalau anda seorang fragrance collector, botol LIBRE Santal Couture ini memang one to watch. Sebagai sebuah haruman edisi terhad, ia direka untuk menjadi collector’s item yang boleh disimpan. Diinspirasikan daripada wardrobe ikonik YSL, botol LIBRE Santal Couture tampil dalam rona coklat yang sleek dan sofistikated, dengan sentuhan moden yang mencerminkan karakter woody haruman ini. Reka bentuknya turut mengambil inspirasi daripada sisi sculptural kayu cendana serta rona tanah yang menjadi sebahagian daripada DNA haruman ini.
Komitmen Alam Semula Jadi YSL Beauty
Bukan sekadar tentang haruman, LIBRE Santal Couture turut membawa kisah tentang alam semula jadi dan komuniti. Salah satu accord penting dalam rangkaian Libre, iaitu orange blossom, diperoleh dari YSL Beauty Ourika Community Gardens yang terletak di kaki pergunungan Atlas di Maghribi.
Kebun ini menjadi simbol komitmen YSL Beauty terhadap alam sekitar serta masyarakat setempat. Ia juga merupakan sebuah sanctuary biodiversiti yang diinspirasikan oleh landskap yang begitu dekat dengan dunia Saint Laurent. Lebih daripada sekadar taman, Ourika Community Gardens berfungsi sebagai living laboratory untuk YSL Beauty meneroka, memahami dan memanfaatkan khazanah botani terbaik daripada alam semula jadi.
Menerusi pendekatan tanggungjawab sosial dan kerjasama bersama sebuah NGO, YSL Beauty turut memperkasakan koperasi wanita tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemahiran mereka, sekali gus membantu memperbaiki taraf kehidupan komuniti tersebut.
Dalam persekitaran yang bebas pencemaran ini, alam semula jadi dan inovasi bergabung untuk menghasilkan bahan mentah berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk YSL Beauty. Malah, sejak 2024, setiap produk YSL Beauty mengandungi sekurang-kurangnya satu bahan atau accord yang diperoleh daripada taman ini.




