Penyanyi yang semakin meningkat naik, Amanda Imani nampaknya semakin melebarkan sayap kerjayanya. Dia yang berdarah kacukan Melayu, Cina, Thai dan Turki ini telah disunting oleh nama besar di dalam industri mekap dan penjagaan kulit, ZA untuk menyerikan kempen penjagaan kulit dan solekan musim bunga/panas 2013.
NICKI MINAJ ANGGUN DENGAN VIVA GLAM >>
TUJUH PRINSIP MEMAKAI MASKARA >>
Berbekalkan wajah yang cantik, Amanda gemar berkongsi rahsia kecantikan serta panduan mekapnya di laman-laman sosial yang membuatkannya sesuai menjadi jurucakap kepada produk ZA. Prinsip Amanda dalam solekan adalah ‘less is more’ dan menganggap solekan nipis boleh menaikkan seri wajah kerana mampu menonjolkan keaslian walaupun ada sedikit cela kelihatan.
*Untuk mengetahui tip kecantikan, rutin cantik serta produk pilihan Amanda Imani, selak ke halaman 148 untuk temu bual penuh Amanda bersama dengan Izzati Saadin.