BICARA CANTIK BERSAMA AMELIA HENDERSON
Apakah item cantik terbaru yang kamu beli?
Maskara! Saya memang penggemar maskara dan perlu ada stok maskara yang banyak. Bulu mata saya agak panjang tapi tidak lebat. Jadi saya sukakan maskara yang membuatkan bulu mata saya lebih volum.
Apakah obsesi cantik kamu ketika ini?
Saya sedang obses dengan gua sha. Saya suka urut muka saya dengan gua sha bila berkelapangan dan saya rasa ia berkesan untuk buat wajah saya lebih terbentuk.
Apakah tiga item kecantikan mesti ada dalam beg tangan kamu?
Glos bibir, bedak kompak dan saya akan bawa maskara. Biasanya saya hanya akan pakai maskara bila sampai di lokas penggambaran.
Apakah tip atau trik solekan terbaru yang kamu pelajari?
Untuk membuat mata nampak lebih lebar, panjangkan penggaris mata ke sudut dalam mata, seperti gaya Bella Hadid. Ia buat mata lebih fierce.
Siapakah selebriti atau influencer yang banyak memberi inspirasi kepada kamu dalam hal kecantikan?
Kebelakangan ini saya banyak meluangkan masa di TikTok berbanding Instagram dan di sana saya lihat banyak video tutorial dengan transisi yang menarik perhatian.
Apakah beauty advice yang ingin kamu berikan kepada pembaca EH!?
Jaga kulit dari awal kerana bila kita jaga kulit dengan baik akan lebih senang untuk kita bersolek. Pesanan saya ini mungkin klise tapi berkesan, minumlah air dengan banyak, stay hydrated.
Adakah situasi pandemik ketika ini mengubah rejim atau cara kamu menjaga kecantikan?
Saya mula fokus pada asas solekan yang lengkap. Misalnya sebelum ini saya tidak gunakan setting spray, sejak perlu memakai pelitup muka, saya lihat setting spray sangat penting. Solekan juga tipis demi memastikan saya selesa bila memakai pelitup muka.
Pada pendapat kamu, apa yang membuatkan seseorang itu menarik?
Bagi saya keyakinan yang membuatkan seseorang itu menarik. Bila kita yakin, personaliti diri akan lebih menyerlah.
Kongsikan stail solekan kamu?
Saya cuba minimumkan solekan saya, lebih tipis lebih bagus. Memandangkan sekarang kita perlu memakai topeng pelitup muka jadi saya rasa solekan tipis lebih sesuai. Biasanya saya guna bedak asas jenis cecair, penggaris mata, maskara dan glos bibir.
Apa pendapat kamu tentang ZALORA Beauty Festival?
Bagi saya ia sesuatu yang fun. Semua orang hanya perlu layari satu laman untuk mendapatkan pelbagai produk kecantikan dengan harga yang istimewa.