BICARA CANTIK BERSAMA SHARIFAH ROSE
Apakah item terbaru yang kamu beli?
Rantai.
Apakah obsesi kamu ketika ini?
Saya sedang obses dengan salap bibir dan rantai.
Apakah tiga item kecantikan mesti ada dalam beg tangan wanita?
Pertama, salap bibir untuk menjaga kulit bibir dari kering. Keduanya bedak kompak untuk touch up bila perlu dan ketiga haruman dalam saiz kembara.
Apakah tip atau trik solekan terbaru yang kamu pelajari?
Jika wajah ditumbuhi jerawat, sapu dulu asas solekan seperti biasa iaitu bedak asas kemudian baru menyapu concealer untuk menutup jerawat. Elakkan menyapu asas yang tebal sewaktu kulit breakout. Seeloknya sapu asas solekan senipis mungkin untuk menghindarkan masalah jerawat bertambah teruk, dengan cara begini lebih mudah untuk samarkan bahagian yang perlu sahaja. Lagi satu, jika tidak mahir membuat garisan mata (eyeliner), gunakan pembayang mata terlebih dahulu menggunakan angled brush. Lebih mudah untuk mengawal garisannya dan mudah dipadam berbanding menggunakan penggaris mata jenis cecair.
Siapakah selebriti atau influencer yang banyak memberi inspirasi kepada kamu dalam hal kecantikan?
Bretman Rock! Saya suka personalitinya yang selalu menghiburkan hati dan content dia yang berbeza dari yang lain.
Apakah beauty advice yang ingin kamu berikan kepada pembaca EH!?
Lebihkan berbelanja membeli produk penjagaan kulit. Kulit yang sihat adalah asas untuk mendapatkan hasil solekan yang sempurna. Ambil vitamin dan minum banyak air.
Adakah situasi pandemik ketika ini mengubah rejim atau cara kamu menjaga kecantikan?
Having a pretty face is nice but having a healthy mind, body and skin is great. Sejak pandemik Covid-19 saya banyak bersendiri. Saya banyak bermeditasi untuk ketenangan minda. Saya bersenam setiap pagi sebelum saya memulakan hari saya. Hanya perlukan 10 minit untuk bersenam setiap pagi sebelum mandi. Saya cuba untuk mengurangkan masa melihat media sosial dan lebih banyakkan membaca.
Pada pendapat kamu, apa yang membuatkan seseorang itu menarik?
Cara mereka berfikir dan kebijaksanaan emosi (emotional intelligence) mereka.
Biasanya berapa lama masa yang kamu ambil untuk bersiap sebelum keluar?
Bergantung! Jika sudah terlewat (rushing) cukup 15 minit. Jika punya masa saya akan ambil masa untuk bersiap mungkin boleh sampai sehingga satu jam.
Kongsikan stail solekan kamu?
Bulu kening yang disikat ke atas (brushed-up brows), bulu mata yang dramatik, cat-eye dan juga saya suka kontur wajah kerana saya lebih suka andai muka saya nampak lebih berbentuk (structured).
Artikel Berkaitan: Zalora Kumpul RM13,000 Untuk Breast Cancer Foundation