Gambar : Nobu
Pasti ramai yang tidak tahu apakah cerita di sebalik kek bulan. Kek bulan sebenarnya adalah hidangan penting kala Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang diraikan oleh masyarakat yang berbangsa Cina.
Ia merupakan perayaan yang mana masyarakat Cina menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan iaitu sekitar 1280 Sebelum Masihi – 1341 Masihi.
Berdasarkan tradisi lama, surat yang mengandungi pesanan untuk memberontak telah diletakkan di dalam kuih bulan dan disebarkan kepada masyarakat untuk menjatuhkan Dinasti Mongol.
Kini, ‘temasya’ kek bulan antara yang dinanti-nanti kerana ia hadir dengan pelbagai perisa yang enak. Nobu, restoran yang terkenal dengan sajian mewah menghasilkan kuih bulan yang eksklusif sempena perayaan ini. Dan ia hanya boleh didapati di Nobu Kuala Lumpur.
Dengan berinspirasikan resipi kuih bulan yang cukup mewah, Nobu telah berjaya mencipta Kek Bulan simbolik kepada perayaan ini dengan penuh sempurna unik dan berseni.
Sajian mewah kuih bulan yang eksklusif ini hadir dengan beberapa perisa seperti teh hijau, kacang merah, bijan, buah-buahan dan kekacang. Harga kuih bulan Nobu bermula dari RM95 untuk yang dibakar di dalam ketuhar, dan RM105 untuk snowskin.
Ia boleh mula ditempah dan diambol sekitar bulan Ogos sehingga 15 September depan.