Oleh : Farhana Fuad
Gambar : SK-II
Menerusi kempen #ChangeDestiny dari jenama produk penjagaan kulit wajah, SK-II, sekumpulan kanak-kanak termasuklah anak kepada aktor popular Aaron Aziz, serta termasuklah penyanyi terkenal Yuna, pelakon dan pengacara Awal Ashaari bersama Aaron Aziz, bintang YouTube Jinnyboy, ratu cantik Soo Wincci dan pemenang pingat emas Sukan SEA Farah Ann Abdul Hadi bersama-sama berganding bahu dalam mengajak rakyat Malaysia terutamanya dari golongan wanita untuk ‘Dream Big’ menerusi media sosial.
Sebenarnya, sesi temubual ini dijalankan atas sebab rekod penemuan yang agak kurang memberangsangkan di kalangan wanita dalam mengejar cita-cita yang mereka impikan ketika kecil. Dengan hasil ini juga telah membawa SK-II untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang berjudul ‘Dream Again SK-II #changedestiny.
Menerusi video pendek ini, beberapa orang wanita dilihat sedang ditemubual bersama seorang jurucakap atau kaunselor yang juga seorang wanita dewasa. Namun hakikatnya, wanita-wanita ini telah diwawancara oleh beberapa orang kanak-kanak yang berada di belakang tabir dan mengajukan soalan kepada wanita-wanita ini.
Hasilnya cukup membuatkan wanita-wanita ini cukup terkejut dan ada diantaranya sehingga menitiskan air mata kerana menceritakan akan kisah impiannya sewaktu kecil yang dilupakan pada hari ini.
Tinjau Selidik Indeks Impian Global yang dikendalikan oleh SK-II mendapati bahawa keputusan separuh daripada penduduk wanita di dunia telah pun melupakan impian mereka ketika masih kecil dan ketika ini majoriti mereka tidak berpuas hati dengan kehidupan masa sekarang.
Kajian ini juga mendapati yang halangan mereka untuk mencapai impian adalah kerana sokongan kewangan yang terhad, takut untuk keluar dari zon selesa dan adanya tidak memenuhi definisi kejayaan.
Menerusi kempen edisi baru dari SK-II ini, kanak-kanak di Malaysia mencabar wanita dan rakyat Malaysia untuk mengejar impian yang pernah mereka tanamkan ketika masih kecil. Ia sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada ramai wanita di dunia untuk mengatasi cabaran dalam mencapai kejayaan dengan penuh berani.
Farah Ann bersama anak kepada Aaron Aziz, Danish Anaqi
Ambil contoh dari pemenang pingat emas di Sukan SEA, Farah Ann. Dirinya tidak kenal erti putus asa meskipun pernah menerima kritikan dan komen yang kurang menyenangkan.
“Buat peminat dan rakan sepasukan saya, terus menyemai impian besar, yakin terhadap diri sendiri dan jangan sama sekali mengaku kalah dalam usaha mencapai cita-cita anda. Amat penting untuk menetapkan cita-cita dan berusaha mencapai impian tersebut. Sentiasa ingat bahawa anda tidak pernah terlambat untuk mencapai impian anda.”kata Farah Ann.
Yuna pula sentiasa memendam impian besar dalam dirinya kerana baginya percaya yang satu-satunya penghalang untuk berjaya adalah diri sendiri.
“Ingat, jangan melupakan impian anda. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan tetapi satu-satunya perkara yang menghalang kita daripada mencapai cita-cita kita ialah diri kita sendiri. Terus memendam impan besar dan bekerja keras, tiada siapa tahu sejauh mana pencapaian kita dalam hidup.” kata Yuna.
Tonton video pendek Dream Again | SK-II #changedestiny di bawah.