“Like father, like son”. Ungkapan ini memang tepat untuk menggambarkan Aran Murphy, anak kepada pelakon Ireland, Cillian Murphy. Baharu sahaja membuat kemunculan di karpet merah, Aran dah menarik perhatian ramai kerana persamaannya dengan bapanya yang susah untuk kita tidak sedari.
Di usia 19 tahun, Aran menghadiri tayangan khas Youth di BAFTA, London pada 11 September lalu. Bukan sahaja wajahnya kelihatan seperti versi muda CIllian, malah cara dia bercakap eksperesi dan Irish lilt yang dimilikinya turut mengingatkan peminat kepada bapanya.
Memang Ada ‘Cillian Murphy’ Di Dalam Diri Aran
Media sosial dibanjiri oleh kemunculan Aran di karpet merah. Ramai peminat terkejut melihat betapa kuatnya pesamaan antara mereka, daripada struktur wajah hinggalah kepada cara Aran membawa diri.
Malah, ada juga peminat yang bergurau bahawa Aran tidak perlu diperkenalkan kerana wajahnya sudah cukup untuk membuatkan orang tahu siapa bapanya.
“There’s no need to mention his name, you all know who his father is”, tulis seorang pengguna X selepas melihat kemunculan Aran.
Persamaan tersebut bukan sekadar pada rupa sahaja. Cara Aran berckap dan beberapa mannerisms yang ditunjukkannya turut membuatkan netizen menyifatkan dia sebagai versi copy-paste Cillian Murphy.
Aran Murphy Bukan Sekadar ‘Anak Cillian Murphy’
Walaupun nama bapanya cukup dikenali, Aran kini mula membina laluanya sendiri dalam dunia lakonan.
Dia membuat debut menerusi filem sci-fi Lola pada 2022. Selepas itu, Aran terus mendapat beberapa peluang baharu yang boleh mengembangkan lagi namanya sebagai pelakon muda.
Selain Youth, dia bakal muncul di dalam siri HBO War bersama Sienna Miller dan Dominic West. Aran juga terlibat dalam adaptasi filem Klara and the Sun yang dibintangi Jenna Ortega dan Amy Adams.
Dengan beberapa projek besar dalam perjalanan, nampaknya Aran semakin serius untuk mengembangkan kerjayanya di hadapan kamera.
Anak Kepada Cillian Murphy & Yvonne McGuinness

Membesar sebagai anak kepada pelakon terkenal pastinya memberikan Aran perspektif yang berbeza tentang dunia seni. Namun, Cillian sendiri pernah berkongsi pandangannya tentang membesarkan anak dalam dunia yang semakin kompleks.
“I’m a father of two teenagers, and I once was young as well so I recognize how tricky it is as a young person today in society,” kata Cillian dalam satu temu bual pada 2020.
Menurutnya, dunia hari ini berubah pada kadar yang sangat pantas. Dia turut percaya golongan muda secara semula jadi mempunyai sifat prihatin dan penyayang, tetapi pendidikan juga boleh membantu membentuk empati.
“I think young people generally are caring and compassionate and are willing to be caring and compassionate,” jelasnya.




