Dunia hiburan sering kali hadir dengan wajah cantik serta pakej bakat lakonan mahupun nyanyian yang ternyata memeriahkan lagi landasan seni antarabangsa. Siapa sangka ada di antara mereka yang mula mengorak langkah dalam bidang ini dengan gelaran ‘Ratu cantik’. Jom, kenali selebriti wanita yang pernah memenangi gelaran Ratu Cantik.
OPRAH WINFREY
Siapa sangka personaliti paling kaya ini pernah memegang gelaran ratu cantik pada usianya 17 tahun. Miliki personaliti menarik dan petah bercakap menjadikan dirinya kini di antara selebriti Hollywood yang disegani dan disenangi oleh seluruh rakyat Amerika. Kejayaan rancangan “The Oprah Winfrey Show” juga adalah satu fenomena yang membuktikan pesona dirinya layak bergelar ratu.
PRIYANKA CHOPRA
Pada tahun 2000, Priyanka dinobatkan sebagai “The Most Beautiful Women in The World” dalam satu pertandingan World Pageant di London. Berpendidikan dalam jurusan kejuruteraan, Priyanka memilih bidang lakonan untuk tonjolkan bakat lakonannya. Kini, Priyanka bukan sahaja laris di Bollywood malah popular di Hollywood.
SOO WINCCI
Anak Malaysia kelahiran Selangor ini mula melakar nama dalam landasan hiburan dengan melahirkan album pertamanya selepas memegang takhta Miss World Malaysia 2008. Popularitinya lebih dikenali apabila Wincci menyertai peraduan masakan selebriti popular awal tahun 2014. Kini Soo Wincci berjaya menempatkan dirinya antara selebriti popular Malaysia dan Taiwan.
HALLE BERRY
Pada awal tahun 80-an Halle Berry mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan berjaya memegang gelaran Miss Teen All American dan Miss Ohio USA. Berbekalkan gelaran yang ada Halle mengambil langkah berani untuk sertai Miss USA pada tahun 1986 dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Kini, Halle Barry merupakan pelakon wanita paling di gemari dan juga pernah memenangi anugerah berprestij pelakon wanita terbaik.
AISHWARYA RAI BACHCHAN
Aishwarya Rai meriah populariti secara mendadak sejurus sahaja bergelar Miss World 1994. Wajah wakilan negara India ini berjaya dalam landasan kerjaya lakonan di Bollywood. Pernah juga mendapat penghargaan istimewa dari kerajaan India atas sumbangannya di mata dunia sekaligus memahatkan dirinya sebagai the most successful Miss World in the pageant’s history.
ERRA FAZIRA
Bintang kelahiran Sungai Choh, Rawang ini pernah memegang takhta Ratu Cantik Malaysia pada tahun 1992. Membawa nama Malaysia ke Afrika Selatan dalam pertandingan Miss World 1992. Dan kemudian menyertai pertandingan Miss South East Asia 1992/1993 dan berjaya menduduki tempat ketiga. Erra mula berjinak dalam dunia nyanyian dan kemudian mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan yang melonjak popularitinya sehingga hari ini. Ratu filem Malaysia ini mengambil keputusan untuk berhijab pada awal tahun 2015 dan lebih bergiat aktif dalam dunia pengacaraan.
LEE HONEY
Lahir dalam keluarga pemuzik (ibunya seorang profesor muzik tradisional Korea) dan bapanya pula seorang pegawai tinggi dalam khidmat khas kerajaan. Honey menyertai pertandingan Miss Korea pada tahun 2006 dan kemudiannya bertanding mewakili Korea ke Miss Universe 2007 dan mendapat tempat keempat. Kini Honey bergelar aktres, pengacara dan dia juga boleh bermain alat muzik klasik Korea gayageum serta mempunyai tali hitam pinggang teakwondo tahap 3 serta seorang penyelam skuba.