Model terkenal dunia, Kendall Jenner mengambil keputusan untuk menutup akaun Instagram miliknya yang sudah pun mencecah 60 juta orang pengikut.
Rata-rata pengikut serta peminatnya ditinggalkan tanpa sebarang sebab dan ia mengundang kekeliruan ramai serta membuatkan ramai yang terkejut akan tindakan Jenner itu.
Ramai peminatnya bersuara menerusi laman sosial Twitter yang bertanya kenapa model popular itu menutup akaun Instagram miliknya sedangkan sekarang ini, majoriti selebriti terkenal bergantung pada penggunaan media sosial untuk berkongsi kehidupan serta perkembangan terbaru mereka.
Baru-baru ini, Jenner pernah menyatakan kepada majalah Allure yang mana dia penat melihat adik-beradiknya terlalu terikat pada telefon pintar dan adanya sehingga membuatkan si dia ingin berhenti dari menggunakan media sosial untuk menenangkan fikirannya.
“Kadang-kala saya buang Instagram atau Twitter atau Snapchat dari telefon saya untuk beberapa hari,” ujar Jenner.
Kebarangkalian Jenner mengikuti jejak langkah kakaknya, Kim Kardashian yang belum lagi kembali ke media sosial sejak insiden rompakan bersenjata yang berlaku kepadanya bulan lalu di Paris.
Namun, Jenner masih lagi belum sampai ke tahap detoks dari medium digital sepenuhnya kerana setakat ini akaun Twitter dan Facebook miliknya masih lagi kekal aktif seperti biasa.
Yang mengejutkan lagi, beberapa jam selepas Jenner menutup akaun Instagram nya, sebuah akaun dengan nama Kendall Jenner Live telah muncul dengan trafik kenaikan pengikut yang agak cepat.
Jika dilihat pada akaun tersebut, setakat ini ia sudah pun mempunyai 70,728 pengikut meskipun hanya mempunyai sebuah video sahaja yang menerima ratusan komen serta ribuan tontonan.
Dengan perkara ini ia sekali gus membuatkan kekeliruan mendadak akan persoalan penutupan Instagram milik model terkenal ini jika benar yang akaun Instagram baru ini milik Jenner sendiri.