Nora Danish kini dikecam teruk dengan peminatnya apabila dilaporkan telah membuat kenyataan supaya selebriti diberikan perlepasan cukai untuk menanggung kos penampilan diri.
Namun menurut laman sosial Nora Danish, selebriti jelita itu yang menyatakan yang dirinya agak terkilan akan kenyataan yang telah pun diputar belitkan. Nora turut menegaskan yang mana dirinya sentiasa bertanggungjawab dalam melangsaikan segala pembayaran cukai.
Nora yang dalam perjalanan pulang dari Korea itu turut menyatakan yang dia bakal menyelidik akan hal ini setibanya di Malaysia nanti kerana baginya kenyataan yang dia keluarkan telah disalah ertikan.
“Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” tulis Nora di laman sosial.
Isu berkenaan naik kerana sebelum ini Nora pernah mencadangkan agar semua artis di Malaysia patut diberikan perlepasan cukai. Ia kerana bagi menampung perbelanjaan mereka untuk kekal cantik sentiasa atas sebab bergelar status selebriti.
Namun, kenyataan itu telah pun viral di laman sosial dan menyebabkan kemarahan rata-rata peminatnya kerana bagi mereka ia sememangnya tidak adil setelah segala kemewahan dan kekayaan yang yang mereka perolehi.