Gambar : shutterstock
Lumrah manusia sering melakukan kesilapan dalam kehidupan. Ia juga menjadi satu cara untuk kita jadikan sebagai contoh di masa hadapan agar tidak mengulangi kesilapan itu di dalam sesebuah perhubungan.
EH! bawakan beberapa tip untuk mengekalkan hubungan yang lebih sihat, bahagia dan harmoni.
1. MEMBANDINGKAN DENGAN ORANG LAIN
Kita mungkin sudah terbiasa dengan perhubungan sebelum ini, jadi di perhubungan baru, akan timbul rasa perbandingan. Ini salah! Anda harus mengekal minda terbuka dalam perhubungan baru kerana perbandingan boleh mengguris perasaan, jadi cuba elak sedaya upaya.
2 . TIDAK MENGHARGAINYA
Tanda penghargaan tidak bermakna barangan yang bernilai tinggi sahaja. Mungkin cara layanan anda yang lebih istimewa atau perkara-perkara kecil seperti ingat makanan kegemarannya sudah memadai. Mengambil peluang terhadap seseorang untuk kebaikan diri menonjolkan sikap yang kurang manis.
3. CUBA MENGUBAH DIRINYA
Apabila anda memulakan perhubungan dengan seseorang, sebaiknya anda menerima dia seadanya. Jika anda ingin ubah sesuatu tentang dia, bincang dengan baik dan elak kritikan yang boleh melukakan hati. Fikir dengan mendalam sebelum lakukan perubahan. Bukankah dia juga menerima anda seadanya?
4. SENGAJA MEMULAKAN PERTENGKARAN
Dalam setiap perhubungan, pertengkaran tidak dapat dielakkan dan ada pasangan yang bertengkar hanya kerana ia sesuatu yang menyeronokkan. Kadang-kala, ia boleh jadi satu kebiasaan dan menimbulkan perasaan untuk mendominasi perhubungan. Ingat, dominasi bukan cinta kerana semua individu berhak untuk punya hubungan sama rata.