Oleh: Farhana Fuad
Gambar: ALDO
Dengan bangganya ALDO RISE sekali lagi bekerjasama dengan label fesyen kontemporari MISHA NONOO untuk koleksi musim luruh tahun ini. Koleksi kasut dan aksesori kolaborasi MISHA NONOO x ALDO RISE juga telah dipentaskan di New York Fashion Week pada bulan Februari lalu.
Sejak debut pada musim luruh tahun 2011, jenama MISHA NONOO mula menjadi pilihan selebriti antarabangsa seperti Gwyneth Paltrow, Sarah Jessica Parker dan Emma Watson.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan MISHA NONOO sekali lagi untuk koleksi musim luruh tahun ini. Misha mudah memahami kehendak pelanggannya yang sama seperti kami, dan terus menghasilkan koleksi kasut yang sempurna cantik dan selesa untuk disarung ke mana sahaja. ” ujar Douglas Bensadoun, Ketua Pegawai Kreatif ALDO.
Melalui koleksi ALDO RISE, ALDO menyokong, mempromosi dan menyambut ke semua bakat berani dalam komuniti fesyen. ALDO RISE sentiasa memastikan pereka fesyen mempunyai kebolehan untuk menghasilkan dan mementaskan kasut dan tas tangan yang mereka jadikan visi koleksi idaman mereka.
Koleksi ALDO RISE akan mula berada di ALDO cawangan Pavilion pada 5 September nanti.