Malam sambutan Halloween minggu lalu disambut penuh meriah di Amerika Syarikat. Yang mengujakan pabila sambutan ini tiba adalah untuk melihat gaya selebriti ternama tampil dengan kostum halloween masing-masing.
Ada di antaranya yang tampil cukup bersahaja dan pandai dalam membawa karakter tersebut, tetapi tidak dinafikan ada juga yang tampil dengan kostum pelik dan agak menakutkan.
Nak tahu siapa? EH! himpunkan gambar selebriti antarabangsa dengan kostum sambutan Halloween di sini.
Cindy Crawford
Cindy bersama keluarganya mengadakan parti Halloween saban tahun dan kali ini, Crawford ternyata tampil berbeza sepenuhnya dengan kostum ala bintang rock. Bukan dia seorang sahaja, malah sekeluarga!
Nina Dobrev
Kali ini Dobrev mengetepikan kostum berkonsepkan darker, tetapi memilih untuk tampil dengan persalinan berkuda. Bukan itu sahaja, malah Dobrev turut mengenakan baju bercorak usus dalaman ditemani sahabatnya yang memakai kostum seakan watak Leonardo Dicaprio di dalam filem The Revenant.
Orlando Bloom dan Katy Perry
Katy Perry tampil dengan idea yang cukup menarik pabila muncul ‘sempurna’ dalam gaya menyerupai Hillary Clinton. Yang menariknya, kekasih hatinya Orlando Bloom tidak muncul sebagai Bill Clinton sebaliknya dia tampil dalam kostum Donald Trump.
Bette Midler
Aktres Amerika ini tampil dengan kostum karakter kegemarannya menerusi filem Hocus Pocus, iaitu Winifred Sanderson.
Colton Hayness
Aktor dan model kacak ini ternyata tampil berani dengan kostum Miss Piggy. Pelik dan sangat menakutkan!