Jika di Hollywood, malam Halloween antara terpenting selain menyambut Krismas.

Malah, kita boleh pelbagai ragam orang dewasa mahupun kanak-kanak beraksi dengan kostum pilihan mereka. Dan seperti biasa, parti tahunan Halloween anjuran supermodel Heidi Klum paling hangat diperkatakan.
Dia terkenal dengan persiapan Halloween ekstravaganza! Pilihan kostum terbaik Halloween tahun ini adalah:
1. HEIDI KLUM

Kostum dia tahun ini adalah klon dirinya dan perbelanjaan untuk keseluruhan gaya memakan kos hampir US$10 juta.
2. SERENA WILLIAMS DAN LEWIS HAMILTON


Pasangan yang dikhabarkan tengah hangat bercinta ini turut hadir malam parti anjuran Heidi Klum. Serena memilih persalinan senama wanita era 80-an dan Lewis tampil sebagai Joker!
3. TINASHE
![]()
Kelihatan seksi dengan kostum inpirasi burung flamingo berona merah jambu pop!
4. CHANEL IMAN

Inspirasi The Mummy moden menjadi pilihan peragawati terkenal ini
5. NICK CANNON

Pengacara American Got Talent memilih kostum bekas suami Tina Turner, Ike Turner
6. CYNTHIA ERIVO

Berubah gaya menjadi Avatar
7. JAY MANUEL

Cipta gaya purba kuno Egyptian.
8. GABRIELLE UNION

Beraksi dengan kostum pelumba kereta.
