Oleh: Farhana Fuad
Gambar: La Senza
Jadikan malam hari kekasih yang bakal tiba nanti satu momen yang romantik dan indah sewaktu bersama suami di kamar tidur dengan koleksi Love Sexy dari La Senza, koleksi baru khas bagi menyambut hari kekasih Februari ini.
La Senza membawakan koleksi dengan rona yang lembut dan sweet untuk mengindahkan malam istimewa hari kekasih. Palitan rona palet merah jambu dan hitam menjadikan aura seksi dan feminin bagi si pemakai. Tambah lagi mood romantik di kamar tidur dengan kimono berenda hitam ekstra bagi menggoda hati si suami.
Keseluruhan koleksi ini direka untuk kepuasan bagi setiap wanita dalam memberikan lebih banyak pilihan dan rekaan yang lebih pelbagai. La Senza menampilkan aneka rekaan untuk wanita yang gemarkan pakaian dalam yang memukau untuk setiap malam sepanjang seminggu. Koleksi bersempena Hari Kekasih ini La Senza mengetengahkan tiga jenis coli dengan ciri-ciri yang berbeza iaitu Beyond Sexy, Scandalous dan Hello Sugar. Masing-masing dicipta untuk menonjolkan gaya intimasi dan seksi. Dengan harga bermula dari RM179 dan ke atas serta seluar dalam wanita mulai RM59 ke atas, pasti akan menjadikan momen hari istimewa anda lebih bermakna.
Koleksi istimewa LOVE SEXY ini akan mula dipasarkan ke semua cawangan La Senza bermula 26 Januari ini. Pastinya sesi intimasi bersama suami akan lebih hangat pada hari yang penuh romantis ini.
Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/lasenzamalaysia