Oleh : Farhana Fuad
Sesetengah peminat setia kepada selebriti terkenal lantas menjadikan artis tersebut sebagai ikon fesyen mereka. Ada yang sanggup membeli atau mendapatkan item fesyen yang digayakan selebriti kesukaan untuk memenuhi gerobok fesyen.
Dek kerana aura fesyen selebriti dan ramai menjadikannya sebagai inspirasi menyebabkan sesetengah selebriti mengambil peluang untuk mencipta sendiri label fesyen milik mereka sendiri.
EH! senaraikan label fesyen terbaru dan terhangat milik selebriti popular antarabangsa buat pengetahuan anda.
Ivy Park oleh Beyonce
Gambar: www.ivypark.com
Terbaru, Beyonce memperkenalkan koleksi buat label fesyen miliknya yang dipanggil Ivy Park. Ia bakal dipasarkan bermula April 14 ini. Menerapkan gaya fitness, Beyonce turut menggayakannya di dalam muzik video terbarunya, Where Is Your Park. Koleksi Ivy Park boleh didapati di Topshop.com, Nordstrom.com dan Zalando.com.
Co+Co oleh Coco Rocha
Gambar: fashionista.com
Dari model ke pereka fesyen. Model terkenal antarabangsa dari Kanada, Coco Rocha melancarkan jenama fesyen miliknya sendiri yang dipanggil Co+Co. Rocha sekaligus akan menjadi duta kepada jenama fesyennya itu. Rekaannya berinspirasikan koleksi gaya sukan kontemporari dengan suntikan gaya jalanan. Koleksi jenama Coco Rocha dijual melalui laman web Co+Co Rocha.
Kendall + Kylie oleh Kendall Jenner dan Kylie Jenner
Gambar : www.thegloss.com
Adik beradik Jenner kini menggegarkan lagi persada hiburan antarabangsa dengan jenama fesyen mereka sendiri iaitu Kendall + Kylie.
“Kami mereka koleksi ini berdasarkan apa yang kami sukakan dan berinspirasikan bagaimana kami menggayakannya. Ia mencerminkan diri kami. Seorang wanita yang mahukan keterujaan. Itu fokus utama kami.” – Kendall Jenner.