Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Tanggal 14 Februari tahun lalu menjadi satu momen indah buat pasangan selebriti Hollywood, Lady Gaga dan Taylor Kinney kerana pada hari istimewa itulah kedua-duanya mengikat tali pertunangan.
Namun satu berita mengejutkan mula bertebaran semalam pabila Gaga mengesahkan yang dia dan Taylor sudah putus tunang.
“Taylor dan saya sentiasa percaya yang kami adalah pasangan sehati dan sejiwa. Sama seperti pasangan yang lain, kami melalui naik dan turun bersama dan kami sekarang ini kami bersetuju untuk ‘berehat’ seketika,” tulis penyanyi terkenal dunia itu melalui gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram dengan menggunakan konsep hitam putih pada gambarnya bersama Kinney.
Awal bulan ini, Gaga dan Kinney memutuskan tali pertunangan mereka setelah lima tahun bersama.
“Kami berdua adalah artis yang mengejar kerjaya, mengharap mampu untuk menjalin hubungan jarak jauh dengan jadual kerja yang agak rumit. Tolong sentiasa satukan kami. Kami sama seperti orang lain dan kami amat menyayangi antara satu sama lain,” kapsyen sambungan dari Gaga ke atas gambarnya itu.
Baru-baru ini, Gaga dilaporkan kelihatan di Malibu, California untuk kembaranya ke Cabo San Lucas, Mexico tanpa memakai cincin Lorraine Scwartz yang berbentuk hati pemberian Kinney kepadanya.
Sumber terdekat mengatakan yang Gaga sangat bekerja keras untuk album terbarunya, Kinney pula sibuk dengan persembahan, jadi kedua-dua mereka tidak berada di satu negeri yang sama. Ia amat susah bagi mereka. Mereka sangat mencintai satu sama lain dan mereka inginkan perhubungan mereka boleh berkekalan. Ia cuma agak susah kerana jarak yang memisahkan mereka.”
Tapi jika kedua-duanya masih lagi mencintai, pasti hubungan yang terlerai ini dapat disambung semula di masa hadapan. Kita tunggu dan lihat.