Oleh: Nur Sofea
Sejak beberapa hari lalu bacaan IPU di kebanyakan negeri mencecah kualiti udara yang tidak sihat. Jerebu boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit terutama yang berkaitan dengan sistem pernafasan serta paru-paru. Ia sangat berbahaya jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Ketahui tips yang betul untuk menjaga kesihatan ketika jerebu.
Minum air secukupnya
Minum air suam sebanyak mungkin. Pastikan anda membawa botol air ke mana juga anda pergi. Ini untuk mengelakkan tubuh anda dari kekurangan air.
Mandi dengan kerap
Sentiasa membasuh muka serta kulit yang terdedah kepada jerebu. Sebaiknya anda mandi dengan kerap. Ini untuk mengelakkan dari kulit gatal.
Kurangkan aktiviti luar
Jangan melakukan aktiviti luar dengan kerap. Sebaiknya anda duduk di dalam rumah dan pastikan pintu rumah tertutup untuk mengelakkan udara tidak sihat.
Pakai topeng muka
Pastikan anda memakai topeng muka yang bersih. Sentiasa menyimpan lebihan topeng muka di dalam beg.
Cuci baju
Mencuci pakaian anda yang terdedah kepada jerebu juga sebagai langkah berjaga-jaga. Sebaiknya anda tidak menyidai baju di luar rumah.
Berhenti merokok
Bagi anda yang gemar merokok dinasihatkan untuk kurangkan atau berhenti jika punya daya . Tindakan anda juga menyumbang kepada pencemaran udara yang telahpun tercemar.
Jumpa Doktor
Jika anda mengalami simptom seperti sesak nafas, sakit dada, mata berair, sakit tekak, lelah dan asma atau gatal-gatal anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk.