Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Kao Laurier
Tidak dinafikan yang ramai wanita mempunyai habit yang mana meminta teman untuk memeriksa sebarang tompok luar biasa pada permukaan seluar atau baju. Ianya sering berlaku apabila bermulanya hari pertama menstruasi berlaku setiap bulan.
Adanya sehinggakan tidak selesa kala membeli-belah di pasaraya dek kerana heavy flow yang melanda.
Laurier memperkenalkan inovasi terkini Diamond Surface dengan Skin Stress Free Technology. Ianya merupakan rekaan teknologi terbaru dan penyelidikannya pula dilaksanakan di Jepun. Ianya mampu untuk menyerap cecair dua kali ganda lebih cepat dan memberikan lima kali ganda rasa kering.
Tuala wanita ciptaan Laurier ini menjanjikan keselesaan dengan penyerapan yang maksimum. Apabila diri kita dalam keadaan selesa, secara automatik diri kita juga akan bebas daripada stres, tanpa memikirkan masalah kebocoran.
Yang menakjubkan lagi, permukaan tuala wanita Diamond Surface Laurier ini dapat menyerap cecair lebih cepat agar ianya tidak meninggalkan apa-apa cecair dan dengan ini ianya memastikan wanita berasa segar, bersih, kering, selesa dan aktif sepanjang hari.
Rangkaian produk tuala wanita Kao Laurier yang diimplikasikan dengan teknologi terbaru ini termasuklah Laurier Night Safe, Perfect Comfort, Super Slimguard, Superguard dan Active Comfort Wing.
Laurier Night Safe
Ianya direka dengan teknologi inovatif dari Jepun iaitu Diamond Surface dengan Skin Stress Free Technology. Bentuk permukaan tuala wanita ini direka dengan bentuk diamond dengan sedikit jarak antara satu sama lain untuk memberikan penyerapan dua kali ganda lebih cepat pada bahagian teras tengah untuk mencegah kebocoran jika berlaku aliran yang banyak dan memberikan kulit anda rasa lima kali ganda lebih kering.
Tidur anda akan lebih selesa dan aman sepanjang malam tanpa memikirkan masalah tembus pada cadar tilam. Laurier Night Safe juga dihasilkan dengan Pengawal Pinggul Lebar dan Pengawal Tri-Saluran. Ianya baik dalam mengelakkan kebocoran pada bahagian belakang. Tuala wanita Diamond Surface Laurier Night Safe teman baik ramai gadis dalam penjagaan kesihatan dan kebersihan kulit ketika datang bulan.
Bukan itu sahaja. Tuala wanita Laurier Night Safe juga cepat dan mudah untuk dicuci sebelum buang.
Kini, tuala wanita Kao Laurier boleh didapati di mana-mana farmasi dan pasar raya di seluruh negara. Jika anda ingin ketahui lebih maklumat lanjut, sila layari www.kao.com/my/laurier/ dan Facebook rasmi Kao Laurier di www.facebook.com/Kaolaurier .