Oleh : Farhana Fuad
Video : YouTube
Hakikatnya, pop culture tidak lengkap tanpa sekumpulan lelaki remaja dalam sebuah boy band. Majoriti boy band bermula pada saat mereka masih di kalangan muda. Boleh dikatakan ia sering menjadi perbalahan ramai akan persoalan mengenai boy band yang mana paling hangat sepanjang zaman.
Adakah 5 Seconds of Summer atau One Direction? Adakah *NSYNC atau Backstreet Boys? Adakah New Kids on the Block atau Boys II Men?
Jadi, EH! senaraikan lima boy band yang paling popular sepanjang zaman berdasarkan analisis terperinci akan penjualan album, hits nombor satu, kualiti single yang dilancarkan, impaknya kepada boy band di masa hadapan dan stail peribadi mereka.
5. Jonas Brothers
Tiga buah album band ini menjadi suatu fenomena dan telah terjual lebih dari 17 juta buah album. Lagu yang paling disukai ramai adalah Burnin’ Up. Setelah dipilih untuk menjadi pembuka acara di konsert Miley Cyrus pada tahun 2007, Jonas Brothers mula menjadi sebuah kumpulan penyanyi lelaki yang sensasi di kalangan remaja. Jonas Brothers mula terhenti apabila Kevin berkahwin dan Nick menjadi seorang artis solo. Secara teknikalnya, kumpulan ini berada pada situasi hiatus dan mungkin akan kembali menggegar arena muzik dunia pada bila-bila masa.
4. One Direction
Kesemua album kumpulan penyanyi lelaki dari United Kingdom ini menjadi hit nombor 1 di dunia. Sebuah single yang paling popular adalah What Makes You Beautiful. 17 juta buah album telah terjual di seluruh dunia. Bahkan, seramai 3.4 juta peminat yang melihat sendiri jelajah mereka merentasi dunia Where We Are Tour. Setakat ini, kumpulan One Direction sudah melangsungkan kembara dunia selama lima tahun berturut-turut dan setiap kembara mereka itu dikatakan berjaya mengaut keuntungan sebanyak 200juta USD secara keseluruhannya.
3. *NSYNC
Sebanyak 55 juta buah album yang berjaya dijual. Lagu yang paling diingati ramai adalah Bye Bye Bye. Ia seakan senantiasa meniti di bibir peminat kumpulan penyanyi lelaki ini. *NSYNC diketuai oleh Justin Timberlake dan merupakan sebuah boy band yang paling besar pada awal 2000. Pernah satu ketika, *NSYNC berhadapan dengan legal battle bersama pengurus mereka. Setelah itu, *NSYNC berjaya menghasilkan salah satu album yang terbesar pada abad ke-21 iaitu No Strings Attached. Album tersebut terjual lebih dari 1 juta buah album dalam masa 24 jam sahaja.
2. Boys II Men
Berjaya menjual 25 juta buah album. Single One Sweet Day berada di carta teratas paling lama iaitu selama 16 minggu berturut-turut. Pada tahun 1992, single End of the Road berjaya mengalahkan Elvis Presley dengan berada pada tangga hit selama 13 minggu. Setelah itu, lagu I’ll Make Love To You pula berjaya berada pada carta tertinggi selama 14 minggu.
1. Backstreet Boys
Paling popular dengan rekod 130 juta buah album yang berjaya dijual dan dengan ini ia menjadikan kumpulan muzik ini paling hangat dalam sejarah. Lagu yang tidak boleh dilupakan dari minda ramai adalah I want It That Way. Backstreet Boys adalah salah sebuah boy band yang paling menguntungkan dan berjaya. Album Millennium berjaya dijual sebanyak 30 juta buah album, yang mana masih tidak dapat ditandingi oleh Taylor Swift setakat ini.