Gambar : Shutterstock
Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza bila berbicara mengenai seks. Ada yang mengelak daripada berbicara mengenainya dan ada juga yang terbuka terhadap isu ini.
Seks sebenarnya adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalkan dengan betul (untuk pasangan yang sudah halal hubungannya). Terdapat beberapa kebaikan seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.
Mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan stres
Sekumpulan penyelidik di Scotland melakukan kajian ke atas 24 wanita dan 22 lelaki yang mana hubungan seks mereka direkodkan dan meletakkan mereka dalam keadaan tertekan seperti bising di khalayak ramai, membuat kira-kira matematik dan seterusnya memeriksa tekanan darah mereka. Hasil kajian mendapati mereka berhadapan dengan tindak balas yang baik terhadap tekanan perasaan ketika melakukan hubungan tersebut. Selain itu, seks juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi bagi pasangan yang kerap melakukan hubungan seks. Bagi wanita yang sentiasa dipeluk oleh pasangannya pula cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih baik.
Meningkatkan kekebalan badan
Para penyelidik di Wilkes Universiti mendapati pasangan yang mengadakan hubungan seks satu atau dua kali seminggu mempunyai tahap immunoglobin A atau IgA yang lebih tinggi, yang mana ia adalah antibodi yang boleh membantu anda mengelakkan dari sebarang jangkitan penyakit.
Meningkatkan kesihatan
Jantung Mengadakan hubungan seks dua kali atau lebih seminggu, berkemungkinan dapat mengelakkan anda daripada serangan jantung berbanding mereka yang kurang melakukan seks dalam sebulan. Bagi mereka yang berumur pula, kajian mendapati tiada kaitan antara kekerapan dan bagaimana hubungan seks dilakukan dengan penyakit strok.
Membakar kalori
Pakar seks, Patti Brittom mengatakan seks adalah cara hebat untuk bersenam yang mana 30 minit melakukan seks boleh membakar 85 kalori. Jika dilihat, ia nampak sedikit akan tetapi jika didarab dengan 90 kali setengah jam satu sesi, ianya mencukupi untuk membakar 1kg atau 7700 kalori.
Menguatkan otot pelvis
Bagi wanita, melakukan senaman otot pelvis akan memberi kepuasan sepanjang kehidupan selain dapat mengurangkan masalah lemah kawalan kencing.