Oleh: Farhana Fuad
Menginjak ke tahun 2015, pelbagai trend fesyen bakal diketengahkan merentasi ke seluruh benua. Kali ini pentas fesyen dari musim bunga dipenuhi dengan gaya yang pasti menjadi pilihan ramai tidak kira kala santai mahupun ke majlis formal.
Tekstur, reka bentuk, material yang digunakan, rona pilihan dan stail tersendiri semuanya memain peranan dalam mengembangkan trend terbaru buat peminat fesyen semasa. EH! pilih lima gaya yang mesti anda laburkan tahun 2015 ini.
Helaian Rambu-rambu
Gambar: Whistles
Kali ini, helaian rambu-rambu direka lebih stail dengan reka bentuk yang bercitarasa semasa. Musim ini juga, helaian rambu-rambu bakal mengetengahkan konsep rambu bermanik untuk lebih fashionable.
Shirtdress
Gambar: Jason DeCrow, AP
Terbaru tahun ini, pereka fesyen mengemaskini helaian shirtdress dengan reka bentuk klasik berserta perincian bahagian pinggang yang lebih rendah, dua belahan di bahagian tepi skirt dan potongan serong.
Motif Ropol
Gambar: Rebecca Taylor
Tiba musim bunga, tingkatkan jiwa feminin anda dengan helaian beropol dengan rekaan bertingkat dan tidak terlalu berat.
Kot trench stail kimono
Gambar: glamour.com
Rekaan yang luas dan lebar sengaja diketengahkan dalam kot trench berstail ala kimono serta ringan kala ditiup angin dengan material fabrik mewah. Helaian kot trench dan kimono dengan simpulan reben bersaiz lebar dan tebal pada bahagian pinggang lebih menonjolkan gaya klasik dan elegan si pemakai.
Hijau Tentera
Gambar: Marc Jacobs
Himpunkan koleksi ceraian berkonsep hijau tentera musim bunga tahun ini dalam gerobok fesyen anda kerana ia bakal menjadi trend fesyen hangat 2015.