Fattah Amin buat pengakuan terang-terangan di hadapan umum mengenai isi hatinya terhadap Neelofa di rancangan MeleTOP baru-baru ini.
Meskipun drama popular Suri Hati Mr Pilot arahan Michael Ang yang menggandingkan dua pelakon popular, Neelofa dan Fattah Amin sudah pun berakhir semalam, namun kehangatan drama tersebut masih lagi segar diingatan serta perbualan ramai penonton-penontonnya.
Menerusi drama tersebut, Neelofa dan Fattah dikatakan sememangnya menjalin hubungan istimewa serta tampak mesra pabila bersama. Tidak hanya di dalam drama, malah pasangan ini juga dilihat agak serasi bersama meskipun di luar set.
https://www.instagram.com/p/BMWkANxltdT/?taken-by=neelofa&hl=en
Kali ini menerusi program MeleTOP yang dihoskan sendiri oleh Neelofa dan Nabil Ahmad, Fattah yang dijemput hadir ke rancangan tersebut membuat pengakuan yang mana Neelofa sememangnya ciri-ciri yang dia sukakan.
Fattah membuat kenyataan terbuka tersebut dihadapan khalayak ramai. Rata-rata penonton di program tersebut tersenyum teruja mendengar kata-kata manis pelakon kacak tersebut yang pada masa yang sama memandang tepat di mata Neelofa kala menjelaskannya.
Pengakuan romantis Fattah terhadap Neelofa tersebut sebenarnya dilakukan kerana sebelum ini Fara Fauzana pernah menyatakan yang mana Fattah bukannya cita rasa lelaki kesukaan buat Neelofa.
Disebabkan perkara itu, Fattah berani membuat pengakuan tersebut tanpa menghiraukan respon yang bakal diterimanya dari peminat. Melihatkan reaksi Neelofa ketika itu, ternyata pelakon serta usahawan berjaya itu terkejut serta hanya tersenyum akan kata-kata romantis aktor berkenaan sambil menjawab “You really want to do it here?”
Jika benar sekalipun pasangan ini bersama, apa salahnya. Rata-rata peminat menyukai pasangan ini bersama. Tonton video rakaman MeleTOP di bawah.