Oleh: Farhana Fuad
Gambar: shutterstock
Bazar Ramadan yang muncul tiap kali bulan puasa bukan saja dinantikan oleh mereka yang bakal menikmati hidangan iftar tetapi juga warga tempatan pelbagai bangsa juga. Dengan pilihan juadah yang ditawarkan membuatkan ramai yang memilih untuk mendapatkan hidangan berbuka mereka di bazar Ramadan sahaja. Secara tidak langsung ia juga memudahkan mereka yang bekerja dan berpuasa untuk mendapatkan juadah untuk iftar nanti.
Namun harus diingat, tetapkan bajet dan juga hati supaya tidak berbelanja berlebih untuk belian yang tidak perlu dan elak pembaziran. Jadi ke bazar mana anda hari ini? Jom ikut EH! ronda bazar Ramadan sekitar Lembah Klang untuk anda kunjungi jika ada di kawasan sekitarnya.
1. Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail
Ianya terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3. Bazar di TTDI ini sudah sekian lama terkenal dengan pelbagai juadah berbuka istimewa seperti kuih tepung pelita, nasi tomato ayam masak merah dan popiah.
2. Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam
Bazar Ramadan yang terletak di Stadium Shah Ala mini adalah bazar Ramadan yang paling besar di Selangor. Ianya terkenal dengan juadah seperti Papa John kambing, ayam golek, nasi khabsa, jus mango ‘oshin’, kebab cucuk dan kambing golek.
3. Bazar Ramadan Kampung Sungai Penchala
Meskipun bazaar Ramadan Taman Tun Dr.Ismail di sekitar Damansara merupakan antara yang terkenal, namun tidak kurang juga bazar di Kampung Sungai Penchala yang terletak di hadapan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.
4. Bazar Ramadan Taman Melawati
Dikatakan di bazar Ramadan Taman Melawati ini terkenal dengan gerai yang dibuka oleh ramai artis tempatan. Bahkan, ia lebih luas kawasannya untuk keselesaan ramai. Jack Biri-Biri Stew Grill Power adalah antara juadah yang terkenal di sini.
5. Bazar Ramadan Kampung Baru
Bazar Ramadan ini antara bazar yang terkenal di kalangan penduduk Kuala Lumpur. Dikatakan menempatkan 150 buah gerai yang menjual pelbagai anek juadah seperti putu bambu dan Roti John.
6. Bazar Ramadan Kelana Jaya
Ianya terletak di seberang Mini Market Giant Jalan SS6/1, Kelana Jaya. Juadah yang terkenal di sini adalah air kelapa dan tebu, nasi goreng dan sotong bakar.
7. Bazar Ramadan SS18, Subang Jaya
Kawasan ini adalah bazar yang terbesar di Subang Jaya. Yang paling istimewa di sini adalah ayam golek dan kambing golek gril yang mesti cuba. Selain itu kian banyak hidangan istimewa moden yang ditawarkan di sini.
8. Bazar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar
Terletak di hadapan Masjid Bangsar. Pengunjung kebiasannya ke sini pasti memilih untuk membeli murtabak di gerai Raja Murtabak’ kerana keistimewaannya yang tiada tandingan. Juadah lain yang terkenal seperti Ikan Bakar Portugis, rojak, nasi dagang, nasi kerabu dan roti jala.