Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Kini hangat di media sosial tentang lokasi menjamu selera makanan laut. Ada juga yang bertanya di manakah lokasi untuk mencuba hidangan makanan laut yang diperkatakan ramai ini. Bahkan, melalui gambar yang dimuat naik ke media sosial sudah cukup buatkan ramai yang teruja untuk ke sana.
Jadi, EH! kongsikan lokasi makanan laut yang boleh anda cuba kala berbuka puasa bersama keluarga atau yang tersayang.
Crab Factory
Menu pilihan di Crab Factory ini sangat ringkas dan sungguh sistematik. Pengunjung perlu memilih jenis makanan laut yang diinginkan, pilih sos, pilih tahap kepedasan atau kehangatan masakan tersebut dan yang terakhir sekali pengunjung boleh menambah pilihan sajian sampingan (sides) sebagai pelengkap juadah. Bersedia untuk menggunakan tangan untuk menikmati hidangan makanan laut yang bakal di hidangkan terus ke atas meja makan yang beralaskan plastik.
Alamat: 21, Jalan SS2/64, 47300 Petaling Jaya (Berhadapan dengan McDonalds)
Telefon : +603-7865 5850
Emel : support@crabfactory.com.my
Buka : Selasa, Rabu dan Khamis (3.00petang – 11.00malam) Jumaat, Sabtu dan Ahad (11.00pagi – 11.00malam)
Tutup pada hari Isnin.
Gambar: Instagram Crab Factory
Gambar: TimeOut KL
Shell Out
Yabbies adalah salah satu menu signature di Shell Out. Ia diimport terus dari Australia dan jarang sekali dilihat di mana-mana restoran di Malaysia. Keenakan makanan laut yang digoncang bersama sos pilihan membuatkan rasa makanan laut yang dimasak padat dan menyelerakan.
Alamat : 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya.
Telefon : +6012-971-5688 / +603-7497-1137
Emel : shellout@ymail.com
Buka : Isnin – Khamis (11.30pagi – 10.00malam) Jumaat dan Sabtu (11.30pagi – 11.00malam) Ahad (11.30pagi – 10.00malam)
Gambar : Instagram Shell Out
Gambar: my.locatedat.com
Ocean Hauz
Dikatakan hidangan makanan laut di Ocean Hauz yang terletak di Bangi ini punya harga yang agak berpatutan dengan hidangan yang diterima pelanggan. Hidangan makanan lautnya yang segar serta inti pati sos yang mengikut cita rasa pelanggan, menjadikan restoran makanan laut ini cukup unik dan mesti cuba.
Alamat : No.13, Jalan 8/35, Seri Bangi Commercial Centre Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon : 03-89123971
Instagram : @oceanhauz
Buka : Isnin – Jumaat (5.30 petang hingga 11 malam) Setiap Sabtu dan Ahad (3 petang hingga 11 malam)
Gambar : Instagram Ocean Hauz
Gambar: Instagram Ocean Hauz
Sue & Tuya Shell Out
Bagi yang teringin untuk mencuba makanan laut tanpa pinggan, boleh cuba di Sue & Tuya Shell Out. Ini kerana boleh dikatakan harganya agak murah dan berpatutan. Bahkan ada juga yang dihidangkan mengikut pakej yang diambil.
Alamat : Sue & Tuya Shell Out, No 13-1, Jalan Tasik Raja Lumu,K U4/K, Section U4, 40150 Shah Alam.
Telefon : 60 17-595 2245
Facebook : Sue & Tuya Shell Out
Emel : sue.tuya.shellout@gmail.com
Buka : Selasa – Ahad (5.00 petang hingga 11.30malam)
Gambar : Facebook Sue & Tuya Shell Out
Just Seafood
Pembuka selera dengan hidangan tiram yang bersaiz besar dan segar serta perahan jus lemon. Kesegaran hidangan makanan laut di Just Seafood nyata menjadi pilihan ramai untuk menikmatinya sendiri. Dari ketam, ke kupang, ke udang dan banyak lagi pilihannya untuk dimasak menggunakan herba cajun.
Alamat : A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : 6012-2290855 / 03-6144366
Facebook : Just Seafood
Emel : info@justseafood.com.my
Buka : Setiap hari (12.30 tengah hari- 10.30 malam)
Gambar : Facebook Just Seafood
Gambar : Facebook Just Seafood