Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Instagram Ministry Of Moment
Hafiz Suip penyanyi tempatan yang cukup terkenal selamat melangsungkan majlis khatam Al-Quran di pihak pasangannya dan majlis berlulut sebelum majlis pernikahannya minggu lalu.
Hafiz dan pasangan, Nureffy Jasreel Abdullah sudah bertunang pada 27 Februari tahun lalu. Dan kini setelah lebih setahu mengikat tali pertunangan, Hafiz memilih tarikh lahir Nureffy iaitu pada 14 Mei sebagai hari pernikahan mereka berdua.
Khamis lalu, Nureffy tampil manis dalam busana rekaan Hatta Dolmat dengan rona kuning serta mengenakan hijab. Majlis khatam Al-Quran itu berlangsung dengan penuh sederhana dengan dihadiri kaum keluarga serta rakan-rakan yang terdekat.
EH! ucapkan tahniah buat Hafiz Suip serta pasangan, Nureffy Jasreel. Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat mendirikan rumah tangga dengan penuh keberkatan.
EH! kongsi gambar di sekitar majlis khatam Al-Quran serta berlulut Hafiz Suip dan pasangan di bawah.