Menunggu ‘due date’ dengan teruja? Mari siap sedia juga untuk hari berpantang dengan mengetahui apa makanan yang perlu dielakkan.
Besarnya pengorbanan seorang ibu, sudahlah tidak cukup tidur, tidak boleh keluar berpelesiran atau membeli-belah kena pula berpantang makan! Tapi semua itu cukup berbaloi jika anda mahukan yang terbaik untuk anda dan si kecil yang baru lahir.
Selain daripada pengambilan air sejuk, ais krim, air gas yang harus dihentikan, saya senaraikan jenis-jenis ikan, sayur dan buah-buahan yang anda perlu elakkan ketika berpantang. Jom berpantang dengan sihat!
Ikan yang perlu dielakkan:
- Ikan Keli & Sembilang
- Ikan Patin
- Ikan Pari
- Ikan Duri
- Ikan Cencaru
- Ikan Kembung
- Ikan Tongkol
- Ikan Bawal Hitam
- Ikan Terubuk
- Ikan Parang
* Ikan yang berbisa memang dilarang untuk ibu berpantang kerana akan menyebabkan ibu mengalami tumpah darah dan bentan.
Sayur yang perlu dielakkan:
- Timun
- Brokoli
- Kubis
- Terung
- Sayur keladi
- Petola
- Bayam
- Pucuk Ubi
- Pucuk Paku
* Mengambil sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu dan bayi kembung serta sengal-sengal badan.
Buah yang perlu dielakkan:
- Nenas
- Tembikai susu/merah.
- Epal hijau
- Pisang
- Cempedak
- Nangka
- Manggis
- Langsat
- Betik
- Ciku
* Ada sesetengah buah-buah ini bersifat sejuk dan tidak sesuai diambil oleh ibu berpantang.