Kali ini giliran Mallika Sherawat pula diserang oleh penyamun bertopeng ketika berada di kota Paris.
Lebih teruk dari insiden rompakan yang berlaku kepada Kim Kardashian yang mengalami kerugian lebih US10 juta sebelum ini, selebriti dari Bollywood ini dipukul dan disembur gas beracun oleh tiga orang perompak bertopeng.
Pada masa kejadian, Sherawat berada di lobi pangsapuri yang didiaminya di sana bersama teman lelakinya yang juga seorang usahawan Perancis, Cyrille Auxenfans.
Berita antarabangsa melaporkan Sherawat ditolak ke atas lantai dan kemudiannya mereka menyerang Auxenfans. Kedua-dua mereka cuba melawan semula pabila perompak tersebut cuba untuk meragut beg kepunyaan bintang Bollywood tersebut.
Penyerang tersebut kemudiannya beredar dari tempat kejadian dengan tangan kosong. Menerusi akaun Instagram milik Sherawat, dia turut berkongsi sekeping gambar di yang sedang ditembual seorang wartawan CNN selepas insiden berkenaan.
Kapsyen gambar yang dimuat naiknya berbunyi, “Lebih dari tiga orang lelaki bertopeng diperlukan untuk menumpaskan saya. I am a strong woman!”
Akibat dari insiden tersebut, Sherawat mengalami beberapa kesan lebam dan cela. Serangan tersebut berlaku berdekatan dengan pangsapuri yang didiami oleh Kim K sebelum ini ketika serangan bersenjata ke atas dirinya.