Ada kalanya anda seakan tidak tentu arah dan segala yang berlaku kelihatan tidak sempurna. Mungkinkah sarapan yang sengaja anda abaikan itu puncanya? Mengapa anda harus bersarapan?
Kemungkinan senario ini kerap berlaku apabila anda tidak mengambil sarapan. Apabila ditanya tentang keadaan yang kelam kabut yang biasanya terjadi pada waktu pagi, beberapa ibu memberitahu:
“Oleh sebab saya sibuk memastikan anak saya telah berada pada bahagian belakang kereta, saya tertinggal bekal sarapan mereka di atas bumbung kereta lalu terus memandu. Setelah tiba di rumah, saya terlihat bekal tersebut berada di halaman rumah. Nasib baik bekal itu tidak tertumpah!” kata Leona Lim, ibu kepada dua anak yang juga merupakan seorang pembantu pentadbiran sepenuh masa di sebuah NGO.
“Saya selalunya menggunakan buku latihan anak saya untuk menyenaraikan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan setiap hari. Ketika tiba di pasaraya, formula matematik telah menggantikan senarai tugasan saya. Rupa-rupanya anak saya tersalah ambil buku senarai barangan saya,” kata Angeline Lee, ibu dua anak dan pemilik perniagaan.
Anda pasti biasa dengar tentang kepentingan sarapan untuk memulakan hari kita, tetapi BAGAIMANA? Kami bertanya kepada Pengurus Kesihatan Korporat dari Nestle Malaysia Berhad, Cher Siew Wei untuk menyedarkan kita dengan kebenaran saintifik.
Sebab 1: Kecerdasan Penting Bila di Sekolah Dan Sarapan Boleh Membantu.
Pasti anda pernah terdengar pernyataan bahawa mengambil sarapan akan membuat anda rasa mengantuk. Itu sekadar mitos.
Tidak mengambil sarapan akan menyebabkan anda kekurangan tenaga yang diperlukan untuk lebih fokus dan peka. Sarapan dengan MILO akan memberi kanak-kanak tenaga yang diperlukan supaya mereka kekal peka dan memberi tumpuan dalam kelas.
Sebab 2: Tahap Tenaga Dipulihkan Dengan Sarapan
Kanak-kanak membesar sewaktu tidur, oleh sebab itu mereka terjaga dengan kekurangan 80 peratus tenaga. Badan yang telah berpuasa sepanjang malam perlu diisi dengan makanan semula. Pengambilan sarapan dapat memulihkan 20 peratus tenaga dan zat makanan yang hilang serta menambah bekalan glukosa yang menjadi sumber tenaga badan.
Sebab 3: Zat Makanan Penting
Kanak-kanak yang tidak bersarapan berkemungkinan mengalami kekurangan nutrisi. Pengambilan sarapan pada waktu pagi akan menyediakan nutrisi yang mencukupi kepada bahan untuk seharian.